JAKARTA, 30 DISEMBER 2021 – Hari yang dinantikan akhirnya tiba! Penyanyi cantik nan berbakat Tiara Andini mengeluarkan album sulung penuhnya yang menggunakan judul sama dengan namanya, Tiara Andini. Album ini dikeluarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia pada 17 Disember yang lalu.

Dua hari sebelum album pertama Tiara Andini ini dikeluarkan, Tiara telahpun memberikan kejutan dan membanggakan para peminatnya selepas berjaya dipilih sebagai Spotify EQUAL Artist Indonesia untuk bulan Disember yang sekaligus menempatkan wajah Tiara Andini terpampang di papan iklan digital New York’s Times Square, sebagai wakil dari Indonesia. Selain itu karya Tiara Andini turut dimasukkan dalam senarai main lagu global EQUAL, bersama dengan beberapa artis wanita luar biasa dari seluruh dunia.

Untuk album sulung Tiara Andini ini, bekas peserta rancangan realiti Indonesian Idol ini berpeluang bekerjasama dengan beberapa pemuzik dan pencipta karya tersohor. Antaranya Yovie Widianto, Laleilmanino, Asta RAN, Handy Soulvibe, Vidi Aldiano, dan salah seorang teman duetnya, Arsy Widianto.

Album ini dijangka akan menjadi salah satu album paling ditunggu tahun ini, baik untuk para Mootiara dan masyarakat luas secara umum. 

Album ini menampilkan lapan buah lagu, lima diantaranya adalah lagu hit yang telah dikeluarkan sebelumnya berjudul; Gemintang Hatiku, Maafkan Aku #TerlanjurMencinta, 365, Hadapi Berdua, dan Buktikan. Sementara, tiga lagu tambahan lainnya berjudul; Menjadi Dia, Merasa Indah, dan Janji Setia.

Menjadi Dia dicipta oleh Arsy Widianto, dan diterbitkan oleh Yovie Widianto bersama Adrian Kitut. Sedangkan lagu Merasa Indah hasil ciptaan Yovie Widianto, telah diterbitkan oleh Yovie Widianto bersama dengan Adrian Kitut. Untuk lagu terakhir pula, Janji Setia dicipta oleh Asta RAN, Handy Soulvibe, dan Tiara Andini. Bertindak sebagai penerbit untuk lagu ini pula adalah Asta RAN dan Handy Soulvibe.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya album ini dapat dikeluarkan. Pada saya ini sebuah hal yang sangat bersejarah, kerana kalau single kan sudah beberapa kali saya keluarkan, dan ini adalah album pertama kalinya sepanjang hidup saya, jadi saya sangat gembira dengan pencapaian ini,” ujar Tiara Andini tentang album perdana yang baru saja dikeluarkannya ini.

Tiara turut menambah, bahawa album ini adalah hasil perjuangannya bukan hanya sebagai penyanyi, tetapi selama menjalani hidup, dan dia sangat bersyukur. Dia juga berharap album ini dapat diterima oleh seluruh masyarakat yang mendengar.

“Saya sangat bersyukur mempunyai teman-teman, keluarga, dan lingkungan yang menyokong saya selama meniti kerjaya sampai saya memiliki album sendiri. Semoga ia membawa pengaruh baik, dan dapat menginspirasi kalian,” harapnya. 

Tidak hanya Tiara yang merasa bahagia dengan pelancaran album perdananya itu. Berbagai ucapan sukacita disampaikan oleh rakan-rakan artis dan penyanyi. Ini termasuk Yovie WIdianto, Laleilmanino, Vidi Aldiano, Maia Estianti, Ziva Magnolya, Rizky Febian, Lyodra, Mahalini, Kaleb J, Asta RAN, Titi DJ, hingga Marshel Widianto yang turut larut dalam kebahagiaan dengan kelahiran album perdana Tiara Andini.

“Tahniah untuk Tiara Andini, semoga album sulungnya mendapat sambutan baik dari seluruh masyarakat. Semua lagunya indah-indah, karya yang luar biasa bagus dari berbagai komposer hebat di negara ini. Semoga menjadi jejak yang luar biasa buat kerjayanya di masa depan,” ujar Yovie Widianto.

Tiara Andini

Tentang Lagu ‘Menjadi Dia’ 

Selain lima lagu yang telah menjadi hit sebelumnya, bersamaan dengan pelancaran album ini, lagu Menjadi Dia dijadikan salah satu lagu terulung untuk album ini. Lagu yang bertemakan cinta ini mengambil warna muzik pop balada, sesuai buat halwa telinga pendengar.

Lagu yang dicipta oleh Arsy Widianto ini disusun secara minimalis namun terdengar sangat epik, terutama dari segi penyajian bunyi piano yang mendominasi. Nuansa sendu menyelimuti lagu ini menjadikannya karya yang sangat menyentuh!

Lagu ini sendiri bercerita tentang pasangan kekasih yang mana salah satunya sering membanding-bandingkan pasangannya dengan orang lain, yang akhirnya membuat perasaan tersebut pudar dan pupus.

“Lagu ini lebih tentang pasangan kita yang suka membanding-bandingkan diri kita untuk menjadi orang lain. Soalan seperti kenapa potongan rambut tidak sebegini, kenapa pakaian kita tidak seperti mereka, begitulah maksudnya. Intinya, kenapa perlu membandingkan diri kita dengan yang lain, kenapa tidak menerima apa adanya saja, kerana hidup ini sesungguhnya tentang menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi kalau begitu lebih baik mundur saja,” ujar Arsy Widianto menjelaskan mengenai lagu Menjadi Dia.

Tiara sendiri merasa terkejut, gembira sekaligus tak menyangka lagu yang seutuh itu dibuat oleh Arsy Widianto khas untuk nyanyian dirinya. “Lagu ini wajib didengar, ia mewakili perasaan kalian yang sakit hati kerana kerap dibanding-bandingkan dengan orang lain, padahal kita ingin menjadi diri sendiri,” tegas Tiara.

Selain dalam bentuk audio, lagu Menjadi Dia juga dikeluarkan dalam bentuk video muzik yang telah ditayangkan pada hari Jumaat, 17 Disember lalu dan dilanjutkan dengan acara YouTube After Party (untuk pengguna premium). 

Tersedia dalam bentuk set kotak khas atau boxset

Semua lagu dalam album ini sudah dapat didengari dan dinikmati di semua platform penstriman digital. Selain itu album ini juga boleh didapati dalam bentuk fizikal yang dikemas dalam bentuk set kotak khas atau boxset. 

Album ini juga sudah boleh didapatkan sejak 17 Disember lalu di Tokopedia Play Livestream.

Set kotak ini terdiri dari; Cakera Padat, buku lirik, dan empat ‘Magic Card’ Tiara dengan gambar berbeza dan menggunakan teknologi realiti tambahan atau augmented reality (AR) untuk memberikan pengalaman yang unik dan boleh diperolehi dengan pengimbas khas. Ada juga bonus foto polaroid yang boleh didapati di 10 set kotak khas pembeli yang bertuah. Selain itu, set kotak ini sangat istimewa kerana ditandatangani sendiri oleh Tiara. Ia sangat berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan koleksi.

Walaupun baru dalam industri, Tiara Andini sudah menghasilkan banyak karya

Tentang Tiara Andini

Sebagai pendatang yang belum lama di industri muzik Indonesia, penyanyi yang juga bekas peserta akhir teratas rancangan pencarian bakat Indonesian Idol 2020 ini sudah menghasilkan banyak karya dan prestasi yang wajar diberi pujian.

Lagu pertamanya yang dilancarkan pada 28 Februari 2020 berjudul Gemintang Hatiku berhasil mencapai carta Top 100 Spotify Chart pada hari pertama dikeluarkan. 

Tiara juga berhasil mencatatkan prestasi di industri muzik tempatan dan di peringkat Asia.  Pada tahun 2020 Tiara berjaya meraih penghargaan sebagai ‘Pendatang Baru Terbaik’ di acara Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2020 dan juga meraih penghargaan ‘Best New Asian Artist’ dari Indonesia di pentas Mnet Asian Music Awards (MAMA). 

Tidak berhenti disitu, di tahun 2021, Tiara memenangi kategori ‘Lagu Terfavorit’ atau Lagu Paling Digemari di acara Telkomsel Awards dengan lagu Maafkan Aku #TerlanjurMencinta dan juga Pemenang Indonesia ‘Artist of The Year’ di JOOX Indonesia Music Awards 2021.

Penghargaan lain yang diraih Tiara ialah pada November 2021 dengan memenangi ‘Album Pop Terbaik’ (Arti untuk Cinta) dari enam pencalonan kategori di AMI Awards 2021.

Hinggakan ke saat ini, jumlah tontonan di saluran Youtube Tiara Andini telah ditonton lebih dari 195juta kali.

Selain bernyanyi, Tiara juga berkecimpung dalam dunia perfileman Indonesia dengan membintangi filem remake My Sassy Girl versi Indonesia sebagai watak utama bersama Jefri Nichol.

Tidak dapat diragukan, prestasi yang dicapai oleh Tiara Andini membuatnya melaju satu langkah ke depan untuk menjadi ‘the next big thing’ tak hanya di dunia muzik tetapi juga di pentas perfileman Indonesia. 

Tiara Andini – Menjadi Dia

98 thoughts on “Tiara Andini muncul album sulung setelah lama berjuang”
  1. What’s up to every body, it’s my first pay a quick visit of this website; this website includes amazing and truly good stuff designed for readers.|

Comments are closed.