KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2022 – Bergelar guru mengaji pada siang hari, ustaz ini bertukar menjadi seorang ‘influencer’ pada waktu malam menerusi strim langsung yang menarik ratusan penonton setiap hari!

Dunia tanpa sempadan hari ini menyaksikan perkembangan video secara langsung tanpa henti di internet. Daripada nyanyian dan tarian sehinggalah ke penjelajahan dunia maya, menerokai aneka makanan melazatkan atau hanya sekadar merenung kosong sahaja, pelbagai jenis strim langsung yang wujud melangkaui pemikiran kita.

Baru-baru ini, seorang guru mengaji Al-Quran bernama Ustaz Nik Azizan (Bigo ID: UstazNikAzizan) mencuri perhatian di dunia digital dengan cara pemakaiannya yang moden dan cukup bergaya. Oleh itu, Bigo Live Malaysia mengambil peluang ini untuk menemu bualnya.

Lahir dalam keluarga pendidik, ayah Ustaz Nik Azizan merupakan seorang jurulatih kebangsaan dan antarabangsa untuk Qari dan Qariah negara. Walaupun mungkin kelihatan tegas dalam tugas hariannya sebagai seorang guru agama, beliau berubah menjadi seorang pengajar moden pada waktu malam. Beliau berkongsi cara bacaan Al-Quran secara maya dan telah berjaya mengumpulkan seramai 40 ribu orang pengikut di akaun Bigo Live beliau. Lebih menarik lagi, pengikutnya terdiri dari pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Maldives, United Kingdom dan Amerika.

“Setiap malam saya akan bersiaran langsung selepas jam 10 malam. Saya akan menjawab soalan-soalan dan memperbetulkan bacaan Al-Quran di kalangan penonton yang melapisi pelbagai peringkat umur,” ujarnya.

Strim langsung Ustaz Nik Azizan ternyata menampilkan kelainan di kala dunia penyiaran dipenuhi dengan kandungan hiburan.

“Apabila saya menyuruh kawan-kawan saya untuk muat turun Bigo Live dan menonton strim langsung saya, mereka terkejut kerana tidak tahu aplikasi ini turut memuatkan kandungan pengajian Al-Quran,” kongsinya lagi.

Guru mengaji biasa pada siang hari, ‘influencer’ pada waktu malam. Ustaz Nik Azizan kelihatan berbeza sewaktu duduk di kerusi khas permainan itu

Menerusi video temu bual itu, kita dapat menyaksikan bagaimana Ustaz Nik Azizan mendekatkan jarak dengan bantuan internet. Beliau berkongsi ilmu dengan penuh teliti serta turut mengambil pendekatan kreatif dengan menukar latar belakang untuk menjadikan kelas ajarannya lebih menarik dan interaktif.

“Menerusi Bigo Live, saya boleh melihat ekspresi muka pelajar sewaktu mereka membaca Al-Quran dan membetulkan kesalahan mereka,” tambahnya.

Ustaz yang berusia 46 tahun ini menemukan Bigo Live secara tidak sengaja pada tahun 2016.

“Pada waktu itu saya mencari sebuah aplikasi untuk berinteraksi dengan pelajar saya secara pantas dan santai, serta boleh berhubung dengan mereka dari seluruh pelosok dunia.”

Peranti yang digunakannya pula tidak kurang lengkap seperti penstrim langsung profesional yang lain. Selain daripada kamera dan tripod, beliau juga mempunyai sistem pengadun bunyi, mikrofon ‘condenser’, dan lampu LED.

Selepas video temu bual bersamanya dilancarkan, ianya menerima jumlah tontonan yang agak tinggi. Hanya dalam masa 10 hari selepas video tersebut dimuat naik di laman Facebook Big Live Malaysia, ianya menerima 200 ribu tontonan dan terus meningkat.

Video Temu Bual Rasmi: https://fb.watch/aKB8np8wIs/ 

98 thoughts on “Ustaz bertukar menjadi ‘influencer’ berpengaruh”
  1. I am typically to blogging we actually appreciate your site content. This article has truly peaks my interest. I am about to bookmark your site and keep checking for brand spanking new information.

Leave a Reply

Your email address will not be published.