KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2022 – Berasal dari Melaka, Yasser Fikri bin Abu atau nama pentasnya yang unik iaitu Yasser Atakk, seorang pemuda berbakat dalam irama tradisional Melayu. Karakternya yang agak gila-gila dan dikenali sebagai penyanyi jenaka. Tetapi untuk projek kali ini kemunculannya menerusi ‘Senandung Anak Melaka’ sedikit berlainan apalagi menyahut cabaran rentak dan irama dari Siso Kopratasa mahupun seperti Pak Ngah dan S.Atan. 

Lagu Senandung Anak Melaka dicipta oleh Fauzi Mohammad manakala lirik ditulis oleh Siso Kopratasa. Siso memilih tema pelancongan untuk menghiasi melodi lagu selain mempromosikan Melaka sebagai Kota Pelancongan di Malaysia. Mereka masing-masing berkolaborasi buat kali pertama. Menurut Fauzi Mohammad sebagai komposer, beliau menjadikan Pak Ngah dan S.Atan sebagai idola dan inspirasi dalam menghasilkan karya yang berteraskan irama melayu tradisional.

Idea dan inspirasi tersebut telah tercetus dalam Senandung Anak Melaka selepas beliau selesai merakamkan lagu tema untuk sebuah pementasan teater di Melaka. Yasser Fikri telah dipilih oleh komposer dan pencipta lirik lagu ini sebagai penyanyi atas dasar kebolehannya. Selain menyanyi, Yasser juga mampu menulis lirik. Kegemarannya memparodikan lagu-lagu tertentu menjadikan beliau dikenali dikalangan peminat seni yang selalu melayari media sosial Youtube. 

Yasser mula menyanyi pada tahun 2008, dan kemudian banyak terlibat dalam nyanyian lagu Dondang Sayang serta membuat persembahan tradisional Melayu bersama badan-badan budaya di dalam Malaysia, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand.

Yasser Fikri

Tag line lagu Senandung Anak Melaka ini adalah dikatakan sebagai ‘Kota Pelancongan Negeri Selat’, serta merupakan cubaan Siso untuk mengimbau kembali kegemilangan Melaka satu Ketika dahulu sebagai Vanice Timur yang sangat dikagumi oleh pedagang-pedagang dari barat. 

Liriknya juga banyak mengupas tentang keindahan dan kelebihan yang ada di Melaka untuk dinikmati oleh pelancong. Dari tempat riadah yang menarik, inap desa yang indah hinggalah makanan tradisi dan lain-lain. Lirik ini juga cuba meletakkan Melaka sebagai Kota Pelancongan di negeri selat yang mesti dikunjungi.

Sebagai tanda pengenalan lagu ini kepada masyarakat khususnya orang Melaka, pihak produksi telah menghasilkan sebuah video muzik Senandung Anak Melaka di mana penggambaran video muzik ini telah dijalankan di sekitar bandaraya Melaka. Siso berharap karya yang dihasilkan oleh Fauzi Mohamad dan dinyanyikan oleh Yasser Fikri ini bakal menjadi sebuah lagu yang perlu untuk menarik pelancong ke Negeri Melaka. 

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Video muzik Senandung Anak Melaka telah pun berada di saluran Youtube Luncai Emas sejak Oktober tahun lalu. Audio rasminya boleh didengarkan di semua saluran digital. 

Yasser Fikri berharap agar single hasil kerjasama ini dapat menambat hati para media, peminat-peminat dan menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga. 

Yasser Fikri – Senandung Anak Melaka (video muzik rasmi)

2 thoughts on “Yasser Fikri sahut cara Siso Kopratasa dalam ‘Senandung Anak Melaka’”
  1. I must say, as a lot as I enjoyed reading what you had to say, I couldnt help but lose interest after a while. Its as if you had a wonderful grasp on the subject matter, but you forgot to include your readers. Perhaps you should think about this from far more than one angle. Or maybe you shouldnt generalise so considerably. Its better if you think about what others may have to say instead of just going for a gut reaction to the subject. Think about adjusting your own believed process and giving others who may read this the benefit of the doubt.

  2. 712777 277297Empathetic for your monstrous inspect, in addition Im just seriously good as an alternative to Zune, and consequently optimism them, together with the really good critical reviews some other players have documented, will let you determine whether it does not take right choice for you. 916336

Leave a Reply

Your email address will not be published.