
Oleh: Ryes Hazmanja
Setelah hampir 10 tahun Letto tidak membuat persembahan di Malaysia, akhirnya tarikh 12 Januari 2024 menjadi saksi ribuan peminat Letto di Zepp KL mempamerkan naskhah hebat di dalam Konsert Letto 20 tahun. Pantas masa berlalu dengan iringan istimewa pasukan Gamelan yang dibawa khas dari Yogyakarta, Letto telah membuktikan mereka adalah sebuah band ‘Legendary’.
Pembukaan konsert Letto diserikan dengan penyanyi genit Dahlia Farhana yang menyampaikan 2 buah lagu. Lagu hits beliau “Langit Yang Sama” mendapat tempat di hati pendengar dan juga peminat beliau di konsert Letto.

Konsert penuh rasa cinta kecintaan dengan santainya Noe selaku vokalis berjaya membuat ribuan peminat teruja dan gembira. Pembukaan konsert dengan lagu “Bird Song” rasa terbawa dan melayang dengan konsep ‘Mother of Earth’ membuat peminat menjerit teruja. Diteruskan lagi dengan lagu “Sebenarnya Cinta” peminat bernyanyi bersama-sama. Konsep konsert ini juga agak santai dan rileks tapi penonton tidak boleh rileks mereka tidak sabar untuk menyanyi bersama sama Letto.

Lagu-lagu dari album Letto di tahun 2005 banyak yang hits dan hot. Saya percaya pendengar lagu Letto di zaman itu ramai yang sudah berumahtangga dan berusia. 20 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat perjuangan anak-anak muda ini dari Jogjakarta. Mereka sendiri tidak menjangka mereka akan sampai ke tahap ini. Kata mereka, mereka hanya anak kampung yang tidak punya apa-apa. Mereka sudah buktikan usaha yang jitu pasti akan hasilkan kejayaan. Inilah hasilnya setelah 20 tahun berada dalam industri hiburan.
Dalam konsert kali ini Letto juga membawakan 3 lagu dari penyanyi dan band Malaysia iaitu “Suci Dalam Debu”, nyanyian asal kumpulan Iklim, “Cinta Kita” – duet Amy Search dan Inka Cristine, dan “Isabella”.
Sulaman alunan muzik instrumen gamelan dan cerita demi cerita yang dikaitkan dengan semua lagu-lagu yang disampaikan oleh Noe dan band Letto betul-betul membawa kelainan untuk konsert 20 tahun ini. Boleh saya katakan agak susah untuk kami ‘move on’ dengan konsert ini. Tidak rugi pada yang datang dan membeli tiket kerana ia sangat meninggalkan kesan di dalam ingatan dan membawa kenangan manis.




Saat lagu “Kangen Deso” ramai yang turut menari bersama walaupun lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Jawa. Gamat Zepp KL di buatnya dengan kegembiraan.
Lagu “Permintaan Hati” diolah dalam beberapa versi melodi. Lagu yang dinantikan peminat Letto “Ruang Rindu” dinyanyikan saat konsert sudah semakin hampir kepada penghujungnya. Lagu penutup juga lagu yang dinantikan peminat tegar Letto iaitu “Sebelum Cahaya”. Apabila ditanya penonton yang datang pendapat mereka tentang konsert Letto, masing-masing menunjukkan dan mengatakan mereka sangat puas hati.
“Untuk satu malam, nyanyian hampir 20 lagu, betul-betul merasakan malam seakan masa mencemburui kita. Tidak terasa saya berdiri beberapa jam demi Letto.” Malah peminatnya ada yang datang dari Singapura, Brunei, Utara, Selatan, Timur dan Barat boleh dikatakan peminat Letto berada di merata-rata Malaysia. Kagum dengan kesanggupan mereka datang ke Zepp KL hanya untuk menonton konsert Letto. Bagi saya konsert ini berjaya dengan jayanya. Tahniah Qew Communications kerana membawakan Letto kepada peminat Malaysia. Apapun Geprekkkk!

