December 5, 2024

KUALA LUMPUR : Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).

Pertandingan ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM dan seterusnya memilih pemenang yang akan mewakili Malaysia di pertandingan berprestij global Mr World 2022 yang dijangka akan diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.

“Kami sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang muda dan berbakat daripada pelbagai latar belakang yang mewakili hampir semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Universal Music Malaysia berharap melalui projek seperti Mr World Malaysia, kami dapat mengukuhkan lagi portfolio bakat kami di samping mengembangkan segmen yang berbeza selain nyanyian dan lakonan,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.

Pada majlis pengenalan kepada sidang media yang diadakan di citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, media dan pengkritik industri pertandingan ratu cantik telah diperkenalkan kepada 24 jejaka yang akan bersaing untuk merebut gelaran tersohor ini di mana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang portfolio termasuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, chef, usahawan, barista, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.

Antara 24 peserta finalis Mr World Malaysia 2022

Turut hadir bersama adalah penaja rasmi utama Mr World Malaysia 2022 termasuk JD Sports, Lingtea, Living Young Aesthetics dan Cookx manakala rakan kongsi termasuk Number76 (salon rambut), MakeUp Miracle (juru solek) dan Star Fitness (pusat kecergasan).

Kim juga berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan penaja serta rakan kongsi untuk bersama kami dalam menjayakan acara yang sangat unik ini dan terus mendokong bakat baharu yang bakal membawa nama Malaysia bersama jenama tempatan ke pentas dunia kelak.”

Orang ramai dijemput ke program temu mesra bersama kesemua 24 finalis yang akan diadakan pada 28 Ogos ini di Pavilion Bukit Jalil di mana pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk peluang memenangi tiket ke acara gala akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan September.

Kesemua 24 finalis Mr World Malaysia 2022 berebut untuk mewakili Malaysia di pertandingan berprestij global Mr World 2022. Antara peserta dari Selangor adalah Muhammad Zaim bin Yazid, 23, Muhammad Shafiy Bin Mohd Hafidz, 25, Lam Chuan Lik, 30, Raja Shah Irshad Bin Raja Abd Halim, 33, Mohd Musaddiq Mohd Nizar, 32, Ho Liang Ee (Edison), 34, Wan Danial Mustaqim bin Abdul Muhaimin, 23, El Umar Mukhtar bin Abdul Wahid, 28 dan Arvind A/L Kamles Kumar, 29 tahun.

Peserta dari Kuala Lumpur terdiri daripada Faris Nabil bin Juzaili, 23, Chan Wai Yip (Kryz), 27, Christopher Nge Jik Hung, 28, Parvin Rajamurthi, 23, Muhammad Yusry Bin Abd Rahman, 23 dan Phuah Jia Sheng (Jayson), 28 tahun.

Peserta-peserta lain terdiri dari pelbagai negeri antaranya, Kho Wun Ciak (Jack), 30, (Sarawak), Cheah Leong Seong (Issac), 30 dan Teh Ting Xi (Emmanuel), 29, dari Pulau Pinang. Manakala Kam Ka Her (Ivan), 20 dan Chow Disheng, 31, (Perak). Joshua Benedict, 32 dan Daniel bin Ismail, 29, (Johor). Manakala Muhammad Effendi bin Ruslan, 26, mewakili Negeri Kedah dan Danial Hansen bin Idris, 27, mewakili Negeri Sabah.