February 16, 2025

KUALA LUMPUR : Qiem Churros, Aida Bahaman dan Farhan Maarob tiga bakat muda yang menjadi sandaran terbaharu Aci Aci Buka Pintu Music (AABP Music). Ketiga-tiga artis muda ini diperkenalkan oleh AABP Music dalam majlis makan malam di Restoran Rebung Chef Ismail Kuala Lumpur pada 26 Mac yang lalu.

AABP Music adalah sebuah label music kecil yang bernaung dibawah Aci Aci Buka Pintu Enterprise yang merupakan Konsultan Perhubungan awam (PR) yang ditubuhkan pada tahun 2019. 

Majlis yang diselang selikan dengan sambutan ulang tahun Qiem Churros ini turut sama meraikan kejayaan pelancaran lagu dan muzik video rasmi lagu berjudul Dia nyanyian Aida Bahaman pada 18 Mac dan Mengundang Pelangi nyanyian Qiem Churros pada 25 Mac lalu serta sambutan ulang tahun Qiem Churros yang ke 20. 

AABP Music banyak membuat kolaborasi dengan beberapa label lain yang menggunakan khidmat Aci Aci Buka Pintu sebagai PR untuk menerbitkan lagu untuk artis dibawah naungan AABP Music. Untuk lagu Dia nyanyian Aida Bahaman, AABP Music berkolaborasi dengan Green House Music untuk penciptaan dan penerbitan, manakala Mengundang Pelangi merupakan kolaborasi bersama Kame Music Production yang berpengkalan di Gerik,Perak. 

Bagi penyanyi Farhan Maarob pula, beliau merupakan bakat terbaharu yang menandatangani kontrak dengan pihak AABP Music dan masih lagi di dalam proses penyediaan lagu dan rangka promosi yang bakal dibuat tidak lama lagi. 

AABP Music meraikan artis rakaman mereka serta pekerja dibelakang tabir

Majlis ini juga turut meraikan mereka yang bekerja dibelakang tabir untuk lagu Dia yang terdiri daripada komposer, pereka fesyen, pasukan produksi untuk muzik video Dia yang bertungkus lumus bagi menjayakan lagu Dia ini. 

Proses penghasilan lagu Dia ini telah mula dibuat sekitar bulan Julai 2020 bersama komposer dan rakamannya diadakan pada Mac 2021. Disebabkan kekangan masa dan keadaan tidak menentu akibat pendemik, penerbitan lagu Dia terpaksa ditangguhkan pelancarannya. Walau bagaimanapun, AABP Music telah melancarkan video lirik Mengundang Pelangi nyanyian Qiem Churros di platform Kame Music Production pada September 2021. 

Untuk lagu Dia, ia merupakan lagu pertama secara rasminya dibawah penerbitan sepenuhnya AABP Music dan telah dilancarkan di platform digital AABP Music itu sendiri.

Qiem Churros

Ramai anggap nama ‘Churros’ adalah makanan– Qiem Churros

Bagi penyanyi lagu Mengundang Pelangi Qiem Churros, beliau tidak berkecil hati apabila nama beliau dianggap sebagai satu nama makanan. Beliau telah menggunakan nama itu ketika bertanding menerusi program realiti Vokal Mania yang mana bakatnya telah mendapat perhatian umum sehingga dia berjaya mendapatkan undian peminat untuk membuat persembahan di peringkat akhir pertandingan tersebut dengan menyanyikan lagu berjudul Seribu Tahun.

“Ramai orang salah anggap, nama Churros itu sebenarnya gabungan nama ibu dan ayah saya yang mana nama ayah saya Subry dan ibu saya Rosmimi, jadi saya gabungkan nama depan kedua-duanya menjadi Churros.” Jelas Qiem Churros atau nama sebenarnya Muhammad Aidi Hakim Subry.

Qiem yang aktif membuat ‘content’ di aplikasi Tik Tok menjelaskan tentang single terbaharunya berjudul Mengundang Pelangi berkisarkan motivasi dan harapan.

“Lagu ini sebenarnya lagu motivasi tentang pengharapan dan saya berharap lagu ini diterima ramai.” Ujarnya.

Aida Bahaman

“Rujukan saya dalam nyanyian adalah ibu saya sendiri” – Aida Bahaman

Pelantun lagu Dia, Aida Bahaman berkata, beliau menjadikan ibunya sebagai rujukan sebelum beliau melangkah ke dalam industri seni suara ini.

“Antara rujukan saya untuk menceburi bidang nyanyian ini adalah mama (ibu) saya sendiri. Boleh dikatakan saya dari keluarga ahli muzik sebab ibu, ayah seorang penyanyi dan abang saya juga seorang pemuzik.” Jelas Aida.

Terdahulu Aida pernah mengeluarkan sebuah single lagu berkonsepkan balada dan sebuah lagu raya.

Lagu Dia berkisarkan tentang cinta yang mana kisah tentang seseorang yang tidak ambil peduli tentang cinta tetapi apabila hadirnya seseorang dalam hidupnya maka terlahirlah perasaan cinta dalam hatinya.

“Lagu ini amat susah bagi saya sebab nak dapatkan mood perasaan cinta terhadap seseorang itu bukan suatu perkara yang mudah, ianya amat mencabar buat saya.” Katanya yang meminati penyanyi tersohor negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Saya berharap ramai yang akan menyukai lagu ini dan ramai yang berpandangan lagu ini sesuai untuk dijadikan OST.” Katanya.

Farhan Maarob

“Tertekan akibat kecaman netizen” – Farhan Maarob

Pernah merakamkan tiga buah single lagu bersama syarikat rakamannya terdahulu, kini secara rasmi Farhan Maarob telah menandatangani kontrak sebagai artis rakaman dengan pihak AABP Music.

Farhan menceburi bidang seni suara sejak tahun 2011 dimana ketika itu beliau bergerak secara indie dan pada tahun berikutnya beliau pernah merakamkan single duet bersama Keena Mentor.

Pernah merasa tertekan akibat kecaman netizen suatu masa dahulu, Farhan berusaha tidak akan mengulangi kesilapannya setelah beliau membuat satu hantaran di media sosial menjadi tular dan kenyataannya itu dianggap negatif oleh netizen. Beliau juga menyatakan tidak akan melakukan perkara-perkara yang menjelikkan di media sosial untuk meraih publisiti.

“Ada orang kata benda ini good marketing dan ada pula yang mengatakan bad marketing, bila saya dah terpalit dengan viral yang bad marketing, jadi saya rasa ianya tidak wajar seratus peratus terutama kepada artis-artis baharu.” Katanya.

Farhan juga berpendapat ianya bergantung kepada seseorang artis tersebut kerana berkemungkinan ada sesetengah artis yang tidak mampu untuk menempuh dalam keadaan sebegitu sehingga boleh mengakibatkan dispresi.

Aida Bahaman – Dia (Official Music Video)
Qiem Churros – Mengundang Pelangi (Official Lyric Video)

Foto: Unit Foto Kelkatu TV

21 thoughts on “3 bakat muda sandaran terbaharu AABP Music

  1. what is dissertation
    [url=”https://professionaldissertationwriting.org”]sample dissertation[/url]
    statistics help for dissertation

  2. free bonus slots
    [url=”https://9lineslotscasino.com”]online casino no deposit welcome bonus[/url]
    mobile casinos for real money

  3. best dissertation writing services uk
    [url=”https://professionaldissertationwriting.com”]dissertation help near me[/url]
    buy dissertation

  4. proposal writing company
    [url=”https://helpwithdissertationwritinglondon.com”]medical dissertation writing service[/url]
    writing editing service

  5. best dissertation writing service review
    [url=”https://examplesofdissertation.com”]dissertation completion pathway[/url]
    dissertation titles

  6. phd dissertation peer reviewing help
    [url=”https://dissertationwritingcenter.com”]masters dissertation writing services uk[/url]
    need help with dissertation

  7. phd dissertation peer reviewing help
    [url=”https://dissertationhelpspecialist.com”]dissertation search[/url]
    phd thesis vs dissertation

  8. critical thinking skill test
    [url=”https://criticalthinking2020.net”]critical thinking paper[/url]
    what is the definition of critical thinking

Comments are closed.