April 22, 2024

KUALA LUMPUR – Pencetus fenomena Eastern Oi!, A.C.A.B bakal menggegarkan The Paddock, Petaling Jaya pada 30 Julai 2023 ini dalam meraikan terbitnya kompilasi Eastern Oi! The Rarities yang mengandungi trek-trek demo, EP, single dan tribute sepanjang hampir 30 tahun bergerak sebagai sebuah band yang game changing dan influential kepada muzik Oi! Tempatan.

Para peminat berpeluang menghidupkan kembali nostalgia dengan menonton secara langsung lagu-lagu A.C.AB yang menjadi siulan di zaman muda yang dipersembahkan oleh hampir semua line-up A.C.A.B klasik selain sesi Meet & Greet yang dijadualkan. Parti pelancaran ini turut disertai oleh band-band veteran dan muda Oi! Steeltoe Solutions, Zero One Heroes, The Hard Crop’s, The Lads, dan The Murphy.

A.C.AB terdiri daripada Max Mohammad (vokal/gitar), Edy J. Herwan (gitar), Zeezul Fitri (drum) dan Anas Md Noor (bass)

Max Mohammad, vokalis dan gitaris A.C.A.B berkongsi, “Ada nice surprise menanti kepada yang datang nanti. Kita bukan setakat akan mainkan lagu-lagu yang familiar dengan pendengar-pendengar setia kami, tapi juga akan persembahkan trek-trek yang jarang dimainkan. 

“Lagi satu, kita ada lucky draw kepada yang membeli tiket early bird dan presale untuk menang preloved items daripada line-up A.C.A.B sendiri! Nak tahu apa korang boleh dapat? Rahsia, tapi pastinya istimewa! Show ini terasa personal dan kami pun nak jadikannya memorable untuk semua orang!” Katanya.

Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati berharga RM90 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM100.

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://oitherarities.ubertickets.asia atau sebarang pertanyaan diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan kompilasi Eastern Oi! The Rarities kini telah keluar melalui Edy J Records dalam format set CD berkembar, kaset berkembar, box CD dan box kaset. Turut didatangkan adalah poskad, booklet dan poster secara percuma. Eastern Oi! The Rarities terdapat dalam jumlah terhad seluruh dunia pada harga MYR80 (tidak termasuk pos). Pesan Eastern Oi! The Rarities  ke 0177706748 melalui Whatsapp.

Untuk rekod, kumpulan A.C.A.B bertaraf legenda ini bermula pada 1994 oleh Max Mohammad dan Edy J. Herwan. A.C.AB mengalami beberapa pertukaran line-up sepanjang aktif bergerak namun cukup berpengaruh kepada pergerakan muzik Oi! di Malaysia, baik kepada band-band baharu dan juga pendengar-pendengar. 

Bermula daripada demo ‘95 yang keluar melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang lagi dengan keluaran-keluaran seperti Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life yang mengubah landskap muzik Oi!/Punk tempatan selain mempengaruhi ribuan anak-anak muda untuk mula bermain muzik.

Muzik A.C.A.B  turut berevolusi pada setiap keluaran yang menyaksikan mereka bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska kepada menyelitkan pengaruh Rock Melayu dan juga menerima pengaruh Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B). Perubahan ini tidak membuatkan mereka terasing daripada pengikut-pengikut A.C.A.B yang menariknya datang daripada pelbagai khalayak muzik, menjadikan A.C.A.B sebuah band yang benar-benar menyatukan pergerakan muzik underground.