July 14, 2024

KUALA LUMPUR – Hujung minggu baharu-baharu ini telah menyaksikan sebuah acara muzik hujung minggu yang ditunggu-tunggu saban tahun iaitu ‘SoundCircus Weekender’ berlangsung dengan meriahnya!

“Sambutan terhadap SoundCircus Weekender amat luar biasa sekali daripada pembeli tiket walaupun konsert besar seperti Black Pink turut berlangsung pada hari yang sama, ini sedikit pun tidak mematahkan semangat peminat muzik indie nusantara untuk hadir dalam memberikan sokongan padu menyaksikan acara muzik yang mengangkat martabat genre itu,” kata Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia & SoundCircus.

Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia & SoundCircus (dua dari kiri)

Dibawakan oleh peneraju pertunjukan ‘lifestyle’ alternatif dan juga indie, Art of Speed Malaysia (AOSM) bersama pengeluar produk peranti elektronik BRO ASIA, acara muzik yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut pada dan 5 Mac 2023 bermula jam 10:00 pagi sehingga lewat telah diadakan buat pertama kalinya di hab komuniti dan budaya terkenal, REXKL.

Menurut Encik Roman Lai, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif BRO ASIA, “Kami amat berbesar hati diberikan peluang ini sebagai rakan kongsi menjayakan SoundCircus Weekender, pengunjung yang datang memberikan sokongan terhadap band tempatan dan dari Indonesia amat menggalakan, dan masing-masing terhibur dengan persembahan yang disediakan.

Rata-rata pengunjung yang hadir meluahkan perasaan keterujaan mereka dengan pemilihan band-band yang membuat persembahan pada acara muzik tersebut, dan disajikan pula dengan penggunaan sistem audio visual canggih memberi pengalaman yang mengasyikkan.

Antara artis yang terlibat dalam menjayakan SoundCircus Weekender

Seramai 19 band yang terlibat dalam menjayakan SoundCircus Weekender seperti The Sigit (Indonesia), Mooner(Indonesia), SweetassBunkfaceNoh Salleh & Restoe Iboe BandIqbal M, Flop Poppy, A.C.A.BGrey Sky Morning,NaratuBudak Nakal Hujung SimpangJemsonMargasatwaImpatient SistersRepublic of BrickfieldsAsyrfnsirYonny BoiiKmy Kmo dan Lucka Sickta.

Menurut salah satu band yang terlibat membuat persembahan ketika acara muzik tersebut, “Kami sangat gembira dengan kehadiran peminat yang datang dari serata pelusuk negara, mereka hadir bagi menyaksikan kami semua beraksi dengan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Antara artis yang terlibat dalam menjayakan SoundCircus Weekender

SoundCircus Weekender yang diadakan buat pertama kalinya di bangunan pawagam lama yang diberi nafas baharu, REXKL berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, turut diadakan secara ‘stand-alone’ tanpa acara tahunan AOSM yang lazimnya diadakan di MAEPS, Serdang.

Selain itu, acara muzik ini juga turut menyaksikan tayangan perdana filem Shaka Ride “I Love You 3000”, sebuah filem pendek berdurasi 45 minit arahan Muhammad Syamil Abdullah a.k.a Ell Zulkarnain dengan sokongan VANS dan CROSSOVER.

Tayangan perdana filem Shaka Ride

Kira-kira setahun yang lalu, AOSM menerima jemputan untuk pergi ke Bangkok, dan perjalanan yang paling mencabar pun terlahir.

Pa’din Musa, peluncur papan selaju yang juara dua kali X-Games Asia dan juga pembina motosikal khas disegani telah dipertanggungjawabkan untuk membina chopper ‘rigid’ gaya klasik berdasarkan model Panhead, Harley-Davidson tahun 1953, dan sekumpulan sahabat rapat dengan chopper rigid mereka memutuskan untuk cuba menjelajah ke Bangkok melalui kawasan pergunungan Kanchanaburi yang mencabar.

Jelajah geng chopper yang diterajui oleh Encik Asep Ahmad sendiri dengan 4 lagi penunggang motorsikal, Pa’din Musa, Hasni Daud, Munir Ahmad dan Farid Nabawi mengambil masa selama 18 hari dan 3,500 kilometer untuk sampai ke destinasi.

Pengunjung yang hadir di SoundCircus Weekender

Lawatan tayangan ke seluruh semenanjung Malaysia bagi filem tersebut akan bermula pada 9 Mac ini jam 8:00 malam di negeri Melaka berlokasi di Kafe Tuju, Bangunan Melaka.

Tambah Encik Asep, “Sebagai penganjur AOSM, saya terharu dengan sokongan peminat muzik tanah air yang telah hadir menjayakan edisi SoundCircus Weekender pada kali ini.

“Dan kami juga tidak sabar mengalu-alukan kehadiran peminat di acara seterusnya pada tarikh 29 dan 30 Julai nanti bersempena ulang tahun ke-12 kali penganjuran Art Of Speed Malaysia yang bakal menyajikan ‘SoundCircus Festival’ berskala besar di MAEPS, Serdang.

Sambutan penonton yang cukup meriah