AIKAL ADWHAR MAHU TEBUS SEGALA KESALAHAN DALAM ‘MAAFKAN AKU’

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2021 – Penyanyi muda bertubuh kecil dan berbakat besar yang merupakan artis terbaharu yang berasal dari Kuala Lumpur, mengakui ini adalah kali pertamanya melangkah masuk sebagai artis rakaman yang bernaung dibawah syarikat Botol Mask Entertainment. Aikal Adwhar tau nama sebenar beliau Mohammad Aikal Adwhar bin Salim, 21 turut merasa teruja apabila beliau dipelawa oleh pengarah urusan Botol Mask Entertaiment iaitu Mr. Syak.

Dengan terbitnya single terbaharu beliau yang berjudul ‘Maafkan Aku’, Aikal juga telah bersedia untuk menerima apa jua kritikan daripada pendengar.

Aikal berharap single terbarunya ‘Maafkan Aku’ dapat diterima ramai

Ditanya mengenai pengalaman pertama beliau melangkah masuk dalam industri, beliau menyatakan “masih banyak lagi perkara yang perlu saya belajar terutamanya selok-belok dalam industri hiburan dan saya akan bersungguh untuk mempelajarinya demi memenuhi harapan Mr.Syak”. Katanya yang juga pernah menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini tetapi rezeki tidak menyebelahi beliau apabila tidak memenangi pertandingan tersebut.

Beliau juga berharap agar dapat memajukan diri dalam bidang nyanyian ini sepertimana cita-cita yang diidamkan saat waktu kecil lagi. “Sebenarnya Mr. Syak sudah banyak kali mempelawa saya untuk menyanyikan lagu ‘Maafkan Aku’ ini, tapi disebabkan komitment kerja, saya tolak tawaran beliau sehinggalah Mr. Syak datang lagi untuk bertemu dengan saya, akhirnya saya tidak dapat menolak tawaran beliau dan saya akur dengan kehendak Mr.Syak”. Ujar Aikal yang menganggap ini adalah peluang beliau untuk mengembangkan bakatnya yang sekian lama terpendam.

Sewaktu penggambaran muzik video ‘Maafkan Aku’

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Mr. Syak ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Aikal yang telah berkahwin atas pilihan ibubapa. Namun, Aikal tidak menyintai wanita tersebut yang bernama Ustazah Azizah. Ustazah Azizah telah menerima layanan buruk dari Aikal sepanjang mereka melayari bahtera rumahtangga. Sehinggalah satu tragedi yang menimpa Aikal, dan di atas segala kesabaran Ustazah Azizah, akhirnya pintu hati Aikal telah terbuka. Aikal rasa bersalah diatas layanannya selama ini. Aikal memohon maaf dan mengharapkan Ustazah Azizah dapat menerimanya kembali.

Muzik lagu ‘​Maafkan Aku​’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Botol Mask Entertainment.

Aikal Adwhar – Maafkan Aku (Muzik Video)