April 22, 2024

KUALA LUMPUR – Amad Fadlin merupakan seorang penyanyi muda yang pernah mengeluarkan single sulungnya bertajuk, Tetap Setia dan Sudah kini kembali dengan single terbaru bertajuk ‘Melodi Cinta’.

Lagu ditulis oleh Amad sendiri bersama dengan Ajay Amai, Fahimi Rahmat, dan Paan Fadzlishah merupakan taruhan terbaharu Amad untuk tahun 2023. Istimewa mengenai lagu ini kerana ada bait-bait lirik didedikasikan kepada teman hidup yang baru dikahwininya pada November lepas.

Amad Fadlin

Menyentuh mengenai lagu ‘Melodi Cinta’, proses rakamannya agak bermain dengan emosi kerana ini kali pertama Amad menjalani proses rakaman bersama isteri yang menemaninya.

“Saat merakam lagu ini, saya seperti menyanyikan terus kepadanya dan ketika itu dia memandang tepat ke mata saya dan memang tepat lirik-lirik lagu ini”, ujar Amad Fadlin.

Bukan itu sahaja, demi menunjukkan rasa cinta, Amad turut meminta isterinya menyanyikan satu bahagian di dalam lagu Melodi Cinta.

Lagu yang bergenre pop-ballade ini dipilih untuk Amad kerana sangat bersesuai dengan suara dan pembawakan Amad. Selain daripada itu, lagu ini turut sesuai untuk dijadikan lagu tema perkahwinan ataupun lagu kepada insan teristimewa dan dapat diterima ramai.

‘MELODI CINTA’ boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu MELODI CINTA nyanyian Amad Fadlin di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

Melodi cinta (audio)
Melodi Cinta (Official Music Video)