January 15, 2025

SHAH ALAM, 11 Januari 2025 – Jenama fesyen terkenal, Varisha Collection Sdn. Bhd., melakar satu lagi kejayaan dengan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu mereka, “Raya Series”, yang berlangsung dengan penuh gemilang di Central i-City, Shah Alam, yang bermula dari 9 hingga 12 Januari 2025. Acara ini bukan sahaja memperkenalkan rekaan terkini mereka, malah turut menyaksikan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha.

Sebagai duta baharu, Amira Othman turut mencuri tumpuan dengan pelancaran single terbarunya, “Bila Nak Kahwin?”, yang dihasilkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures. Lagu bergenre pop ini, hasil gubahan bersama dua komposer tersohor, Iqie Hugh dan Omar K, serta Amira sendiri, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025.

Video muziknya pula ditayangkan secara eksklusif semasa acara pelancaran yang berlangsung petang tadi, sekali gus menambah keterujaan dalam kalangan peminat dan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Koleksi “Raya Series” menjadi bualan hangat dengan pengenalan fabrik inovatif “Ultra Comfort Cotton Voile” yang direka menggunakan teknologi terkini 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini memberikan pengalaman premium dengan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, serta keanggunan yang memikat hati. Direka khas untuk kegunaan harian dan acara istimewa, fabrik ini mudah dibentuk, ringan, beralun, anti-kedut, dan tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mengutamakan keselesaan dan gaya.

Acara kemuncaknya pula menyaksikan persembahan memukau daripada Amira Othman. Beliau menghiburkan hadirin dengan lagu baharu “Bila Nak Kahwin?”, di samping beberapa lagu popularnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Sorakan meriah daripada para peminat menghangatkan suasana, terutama melalui kempen istimewa “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”, yang menarik perhatian ramai.

Amira bersama pengarah urusan Sony Music Malaysia, Encik Kenny Ong

Untuk memastikan kejayaan pelancaran ini, Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi yang agresif, termasuk kempen media sosial yang kreatif, kerjasama dengan influencers, kolaborasi bersama Key Opinion Leaders (KOLs), serta liputan meluas dari media.

Menurut wakil Varisha, usaha ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan jenama sebagai simbol keyakinan dan kebebasan wanita bergaya dalam kehidupan seharian.

Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”, jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka kekal yakin, bergaya, dan selesa di setiap langkah kehidupan.