
Pernah menghasilkan single pertamanya berjudul Di Sana, kini selepas hampir 2 tahun menyepi, Mohammad Faizal Ibrahim atau dikenali sebagai Angah Faizal muncul kembali dengan single terbarunya berjudul Bisik Cinta. Kemunculan kali ini beliau tidak keseorangan tetapi berganding bersama Arinawati Amir atau lebih dikenali dengan panggilan Reen.
Disebabkan kurang promosi dan publisiti serta keadaan dunia dilanda pandemik Covid-19, lagu Di Sana kurang mendapat sambutan di hati pendengar. Malah bagi Angah, itu tidak memutuskan semangat dan minat beliau untuk terus menyanyi. Dengan sokongan rakan dan peminat, Angah bangkit dalam meneruskan minatnya untuk menghasilkan karya terbaharunya hasil sentuhan komposer terkenal Akmal SAJA.
Akmal yang juga merupakan anggota ahli kumpulan Mirwana cukup teliti dalam menghasilkan single Bisik cinta ini agar tidak seperti adanya ‘vibe’ nasyid yang sinonim dengan beliau. Menurut Angah beliau bertuah kerana hasratnya untuk merakamkan lagu duet telah disambut baik oleh Akmal.
“Pada mulanya saya beritahu Akmal ingin membuat lagu duet bersama sahabat saya Reen disebabkan kami dari kumpulan jurulatih nasyid yang sama. Untuk menjadi jurulatih, kami rasakan kami perlu buat sesuatu untuk buktikan yang kami memang layak sebagai jurulatih. Alhamdulillah, Akmal menerima hasrat saya dan mula beri lirik yang dicadangkan untuk lagu tersebut.
“Pada awalnya tajuk yang diberi Zikir Rindu dan liriknya lebih kepada lagu nasyid. Kemudian saya minta ubah tidak mahu lagu yang bakal dinyanyikan berpaksikan nasyid. Tajuk yang kedua Bisik Cinta tetapi liriknya lebih ke arah lagu berkaitan Rasulullah. Setelah berbincang dengan Reen, saya beritahu Akmal bahawa kami inginkan lirik yang sesuai untuk semua peringkat. Lagu yang berkisar tentang kasih dan rindu kepada orang-orang yang kita sayangi samada jauh dari mata atau sudah jauh dari alam buat selamanya. Maka selepas itu, Akmal datangkan dengan lirik baru mengikut apa yang kami kehendaki. Kebetulan pada masa yang sama, saya baru kehilangan ayah dan lirik yang Akmal beri bertepatan dengan kerinduan dan kesedihan terhadap orang yang disanjungi.” Kata Angah Faizal.

Angah Faizal dan Reen merupakan guru sekolah sering mendapat banyak jemputan untuk melatih pasukan nasyid sekolah bagi pertandingan festival nasyid sekolah-sekolah. Namun Bisik Cinta bukannya lagu berkonsepkan nasyid tetapi lebih kepada modern pop ballad.
Kekangan masa menjadi cabaran bagi Angah dan Reen untuk menyiapkan single lagu tersebut.
“Kami berdua (Angah dan Reen) merupakan pendidik bahkan komposer kami iaitu Akmal Mirwana juga merupakan pendidik. Jadi nak tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk sesi rakaman memang agak susah.” Ujar Angah.
Bagi Angah, untuk menghasilkan single Bisik Cinta secara duet ini lebih mudah baginya berbanding single Di Sana yang dinyanyikan secara solo.
“Alhamdulillah, menghasilkan Bisik Cinta secara duet ini lebih mudah. Jika lagu Di Sana saya kena kuasai semua bahagian dari awal hingga akhir. Akan tetapi nyanyian secara duet saya hanya perlu tumpukan bahagian saya, ditambah Reen sememangnya berpengalaman dalam nyanyian agak mudah untuk menghasilkan keserasian nyanyian kami. Kami juga memang sudah serasi bekerjasama disebabkan banyak terlibat dalam tugasan secara bersama.” Katanya.
Walaupun masih baru merangkak dalam industri seni suara, beliau merasakan dirinya bertuah apabila dapat bekerjasama dengan orang-orang yang hebat dalam industri dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepadanya.
Penglibatan Reen dalam single Bisik Cinta ini atas pelawaan Angah Faizal bagi membuktikan beliau sememangnya layak sebagai jurulatih bagi festival nasyid sekolah-sekolah.
“Disebabkan kami sudah lama bekerjasama dalam melatih murid dan juga sama-sama terlibat sebagai juri nasyid dan nyanyian solo maka mudah utk saya bekerjasama dengan Angah untuk menghasilkan lagu Bisik Cinta ini. Kami juga pernah bertanding dalam pertandingan nyanyian nasyid dalam kumpulan yang sama dan banyak kali juga bergandingan dalam membuat persembahan secara duet.” Kata Reen.
Lagu Bisik Cinta ini menceritakan tentang ingatan seseorang kepada orang yang disayangi dan disanjungi tetapi telah pergi jauh darinya samada mereka yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Sepanjang tempoh seseorang itu tiada disisi kita, maka kerinduan yang menjerut di hati kita serta nama mereka tidak putus-putus untuk kita sebut dalam doa seharian ditambah dengan memori indah bersama mereka yang sentiasa bermain di dalam fikiran.
“Dalam video muzik (MV) Bisik Cinta ada tiga situasi antaranya anak merindui ibu dan ayahnya, ibu dan ayahnya pula merindui anak serta ibu dan ayah mereka yang telah tiada. Semua itu akan kita lalui.” Ujar Reen.
“Saya berharap agar lagu Bisik Cinta ini memberi impak yang baik serta memberi kesan kepada pendengar dan penonton video muziknya…Ringkasnya, harap lagu Bisik Cinta ini dapat diterima oleh para pendengar.” Akhiri Angah Faizal.
Lagu Bisik Cinta nyanyian Angah Faizal dan Reen boleh didengari dan ditonton di saluran Youtube Heyya Tube.
580190 528681its great as your other articles : D, regards for posting . 204570
484970 72054I conceive this website has very great indited content material posts . 94022
724887 858162Quite fascinating topic , regards for putting up. 112759
919949 528762There is noticeably a great deal of money to comprehend this. I assume you made certain nice points in functions also. 446271