KUALA LUMPUR – Kumpulan rock alternatif Malaysia, ARQ (Azlan Ramli Quartet), merupakan sekumpulan pemuzik yang versatil, dipengaruhi unsur-unsur muzik new wave dengan lagu yang mudah dinyanyi bersama, riff yang menarik dan lirik yang penuh maksud tersirat. Dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti The Police dan Inhaler serta artis seperti Sam Fender, lagu-lagu mereka juga merangkumi intipati pelbagai genre lain seperti rock ’90-an, blues, reggae, dan juga segelintir pop-punk dan jazz.
ARQ amat cenderung dengan persembahan live yang penuh bertenaga, dan kumpulan ini sering beraksi di pentas-pentas gigs di merata tempat, malah berkesempatan menjayakan jelajah Malaysia dan Indonesia.
Band ini membuka lembaran baharu yang menarik dalam kerjaya luas Azlan Ramli yang merupakan seorang penyanyi, penulis lagu utama mereka dan telah mempamerkan bakat semula jadi sebagai pencerita serta mengembangkan gaya muzik ARQ.
Bunyi yang dibawakan oleh ARQ adalah gabungan yang terbaik dari Timur dan Barat. Dengan melodi yang hebat, idea muzik yang tidak dijangka dan lirik yang menarik, lagu-lagu mereka adalah mikrokosmos keaslian dan kebebasan.
ARQ ditubuhkan pada 2022 dan telah mengeluarkan beberapa single sejak itu. Pada tahun 2023, mereka juga bekerjasama dengan Rexius Records untuk mengembangkan lagi muzik mereka ke merata dunia.
Dianggotai oleh Syakir (gitar/vokal) yang merupakan seorang pemain gitar berjiwa blues penggerak hati yang sayu, Keith (gitar/vokal) yang beranggapan bahawa setiap kumpulan rock pasti ada gitar heronya. Selain itu, Azlan (bass/vokal) yang juga merupakan akar umbi yang mendalami post-punk dan new wave. Ajeng (dram) adalah seorang pencinta muzik gospel dan world-music serta dia bukan seorang yang menggemari muzik jazz.
Untuk info, penyanyi dan penulis lagu utama ARQ pernah juga beraksi sebagai artis solo, serta dengan kumpulan-kumpulan awalnya seperti Spunky Funggy dan Two Hats. ARQ banyak mengadakan persembahan gigs di beberapa daerah Indonesia antaranya Pasar Kita, Pamulang, Anti Kolu, Depok, Loki, Jakarta, Heyfolks, Bekasi, M Bloc, Jakarta, Sobat Space, Depok dan Heyfolks, Tangerang. Selain Indonesia ARQ kerap membuat persembahan gigs di seluruh Malaysia.