December 6, 2024

KUALA LUMPUR -Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2023, Art of Speed kembali untuk tahun 2024 dengan lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) yang mempunyai ruang tertutup seluas 452,084 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar. Di setiap dewan acara menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2024 (AOS 2024) pada 27 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam).

AOS 2024 mengalukan tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

1. Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES; Japan.

2. Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing akan menghadiri AOS 2024! Daigo ialah pemandu yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan telah memenangi pelbagai kejuaraan, termasuk siri Grand Prix D1 dan siri Formula Drift. 

3. Katie’s Customs; Jepun – akan menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow.

4. STOOP Motorcycles; Jepun – Masato Ikemori dari STOOP Motorcycles akan hadir ke AOS 2024 dengan Harley-Davidson Panhead miliknya.

5. EVILACT, Jepun – Dilahirkan dan dibesarkan di Yokohama, Jepun, Minato Yamamoto dibesarkan di bawah pengaruh counterculture yang terkenal di kampung halamannya.

6. Nigel Petrie dari Engineered To Slide; Australia – Nigel Petrie terkenal dengan kerja-kerjanya bersama kereta kustom. Minatnya yang mendalam terhadap kereta dan motosikal telah mendorongnya untuk menjadi pengimpal dan pereka, dengan rekaanya yang paling terkenal iaitu space frame drift Toyota Hilux, yang dibina di bawah jenamanya Engineered To Slide.

7. Spinny, Thailand – Pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024.

8. Little Boy Cycles, Thailand – Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024.

9. Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com; Global.

10. ONE LOW, Masashi Tasaki; Japan – One Low ialah kedai Volkswagen Speed Shop yang ternama dari Jepun, terkenal kerana membina MOONEYES Volkswagen Beetle drag car – Moon Bug.

11. Tengku Djan, The Prince of Drift – Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel ialah seorang pemandu drift profesional Malaysia yang telah bertanding dalam siri D1 Grand Prix Racing sepanjang beberapa siri drift dan perlumbaan. 

12. Makoto from Makoto M&K Custom Signs – Makoto ialah artis yang menghasilkan poster AOS 2024 dan juga pereka untuk kereta die-cast di Hot Wheels Japan Collectors Convention.

Selain itu, pelbagai tetamu dari pelusuk negara bakal menghadiri acara AOS 2024 antaranya Majalah Vibes, Japan, Majalah Ignite, Thailand, Mow, Australia, Choppajoop, Singapura, Fahmi Freeflow, Indonesia, Borneo Kustom Show, Brunei, Von Dutch, Indonesia dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pihak penganjur juga membuat beberapa perubahan untuk OAS 2024 antaranya adalah SoundCircus Takeover kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Bukan lagi festival di luar dewan, SoundCircus kini mengambil alih Dewan A!

Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi akan menggegar AOS kali ini! SoundCircus akan diadakan sepanjang acara berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat di MAEPS Serdang. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual). 

Art of Speed ​​akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; “Stop The Violence”, melayari daripada bola sepak kepada gaya hidup automotif.

AOS juga berkolaborasi bersama 4 jenama tahun ini! Pertama, Art of Speed X Zippo. Kedua, Art of Speed X Von Dutch (baju kerja dan topi). Ketiga, Art of Speed X Selangor FC, dan kolaborasi yang ditunggu-tunggu tahun ini ialah Art of Speed x MOONEYES.

AOS Invitational Build-Off kembali dengan 10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi di Dewan C selepas mendapat sambutan yang hangat dari pelawat dan pengumpul kereta figura tersebut pada tahun 2023. Kali ini pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels – yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi! 

Cabutan bertuah tahun ini akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV. Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan satu (1) Honda yang telah dimodifikasi. Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecekapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.

Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir tiket valet VIP. Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari.

Menurut Pengarah Festival, Art of Speed ​​Malaysia (AOSM), Encik Asep Ahmad Iskandar, “Kami amat bersyukur kerana dapat menganjurkan Art of Speed ​​Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja untuk merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran.

Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, yaitu menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif, kandungan untuk semua deria manusia, aspirasi yang berpatutan, persaudaraan, dan sentiasa meraikan masa yang baik.

Kesimpulannya, Art of Speed ​​adalah untuk semua orang; sentiasa ada dan akan sentiasa ada. Terima kasih kerana bersama dengan kami sekali lagi untuk tahun 2024 dan jom kita sama-sama nanti meraikan AOS 2024!”

Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.