ARTIS WORLD PEACE ENTERTAINMENT MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU ‘RAYA JELMA’

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2021 – Selepas lagu ‘Harmoni Aidilfitri’ yang telah dikeluarkan pada May 2020, World Peace Entertainment telah kembali lagi dengan single terbaru yang berjudul ‘Raya Jelma’.

‘Raya Jelma’ merupakan hasil kreativiti ciptaan komposer muda, Firdaus Rahmat. ‘Raya Jelma’ menceritakan tentang suasana hari raya pada tahun ini yang disambut secara sederhana, namun tetap ditunggu oleh semua masyarakat untuk meraikannya.

Naim Daniel

Music Video ‘Raya Jelma’ ini telah dilancarkan pada 7 May 2021 di Youtube World Peace Entertainment.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, Ismail Izzani, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat, lagu ‘Raya Jelma’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula pada 7 May 2021 ini.

Raya Jelma (Official Music Video) – Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat