BAKAL KELUAR ALBUM YANG KELIMA SEMPENA 20 TAHUN PENUBUHAN OTWO

Bermula perjalanan dari tahun 1997 bersama anggota asal OTwo yang terdiri daripada Alan (gitar), Anep (drum), dan Izan (penyanyi) tidak pernah termimpi akan sebuah band yang berasal dari underground mampu bertahan sehingga hari ini.

Bermula aktif dengan membuat rakaman demo dan menjualnya didalam bentuk kaset pada ketika itu dengan menggunakan nama band yang dikenali sebagai Dimention Violation. Selepas menjadi band pembuka tirai untuk Konsert Jelajah Butterfinggers Transcendence pada tahun 1999, mereka meneruskan perjalanan dengan mula berkarya secara serius dan melahirkan album dalam bahasa Melayu. Dari awal pembabitan sehingga sekarang mereka masih lagi menerbitkan lagu, single, dan album dengan mereka sendiri bertindak selaku penerbit tanpa menggunakan khidmat orang lain sebagai penerbit.

OTwo berharap agar single terbaru mereka diterima peminat

Pada tahun 2001 mereka menerbitkan album pertama yang judul ‘Dewi’ dengan menggunakan nama band yang dikenali sebagai RiverMonk seterusnya sehingga album kedua berjudul ‘Jingga’ yang diterbitkan pada tahun 2002.

Nama RiverMonk ditukarkan kepada nama OTwo atas alasan nama RiverMonk tidak sesuai digunakan oleh pihak Syarikat Rakaman ketika itu walaupun masih kekal dengan ahli asal dan seterusnya mereka melahirkan album ketiga yang berjudul ‘Radio Tanah Melayu’ pada tahun 2006 dan berbangga apabila lagu ‘Anak Merdeka’ diiktiraf sebagai lagu khazanah negara dimana telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan Malaysia pada tahun yang sama. Bermulalah perjalanan OTwo dari scene underground ke mainstream sehingga ke hari ini dan seterusnya OTwo lahir dengan album ‘Evolusi’ yang diterbitkan pada tahun 2010.

Ketika mengadakan penggambaran video muzik ‘Psiko’

Setelah genap 20 tahun mereka berkarya di dalam industri dan juga hampir 10 tahun tanpa single mahupun album, terkini mereka sudah pun memulakan proses rakaman untuk album yang kelima sebagai ‘buah tangan’ untuk peminat sempena Ulangtahun pembabitan mereka di dalam industri. Permulaan langkah mereka mengeluarkan single berjudul ‘Psiko’ membuahkan hasil dengan adanya muzik video rasmi yang boleh ditonton melalui saluran Youtube Asia Empire record bermula 11 November 2020.

muzik video rasmi ‘Psiko’

Anugerah & Percapaian :

  1. Finalis top 5 Anugerah Industri Muzik ke 13 ( AIM ) untuk Album Hard Rock terbaik.
  2. Lagu Anak Merdeka dari Album Radio Tanah Melayu telah diiktirafkan sebagai lagu khazanah Negara oleh Menteri Penerangan Malaysia .
  3. Lagu Mr Koma dari album Evolusi telah menjadi runut bunyi untuk game online JINONLINE dan mereka artis pertama yang menjadi duta serta mempunyai karektor didalam permainan video diAsia ketika itu.
  4. Dari album EVOLUSI mereka berjaya menjual Caller Ring Tone tertinggi dan telah mendapat tempat untuk membuat persembahan di MTV WORLD STAGE pertama di Malaysia bersama KASABIAN , THE ALL AMERICAN REJECTS dan artis international lain ketika itu.
  5. Mereka juga beberapa kali dijemput sebagai pembuka tirai di Thailand untuk konsert artis-artis popular seperti LOSO iaitu band rock n roll nombor 1 di Thailand .
  6. OTWO adalah finalis Twisties Bingit 2020 dibawakan oleh HOT FM .
  7. Memenangi Best Rock Song “ ILUSI TRAGIS” di VIMA AWARD ASIA.
  8. Memenangi Best Mind Blowing Music Video untuk lagu Mr Koma di VIMA AWARDS ASIA.