May 22, 2024

KUALA LUMPUR – Le Mirch dengan bangganya mempersembahkan “Sanam Live in Malaysia” dengan anjuran Hitman Solutions. Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band mempersonakan peminat di malam yang penuh syahdu dengan gabungan lagu-lagu klasik dan pop hit Bollywood terdahulu termasuk lagu original band tersebut di Istana Budaya, baru-baru ini.

Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band

Band yang terkenal dengan nyanyian cover lagu klasik Bollywood itu terdiri daripada empat jejaka kacak iaitu Sanam Puri, Samar Puri, Venky S and Keshav Dhanraj mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia Sabtu, lalu. Peminat Sanam melebalkan mereka sebagai penyanyi cover terbaik di abad ini dengan memberikan nafas baharu ke atas lagu-lagu klasik kesukaan ramai.

Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band

Pada majlis Press Luncheon bersama band Sanam di Le Mirch Avenue K, Encik Rohit Rampal, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions berkata, “Kami amat teruja untuk menganjurkan konsert Bollywood pertama di tahun 2023 bersama Sanam, band yang saya pasti dapat menangi hati semua peminat Bollywood yang hadir di konsert mereka ini.

Siapa sangka, lagu-lagu yang didengari oleh ibu bapa kita ketika membesar boleh dinyanyikan semula dengan nafas baharu, namun masih di terima baik oleh mereka dan generasi kita. Saya terpukau melihat bagaimana muzik Sanam boleh menggabungkan semua lapisan masyarakat bersama.”

Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band

Persembahan penuh jiwa Sanam selama hampir dua jam dengan lagu-lagu kesukaan ramai telah menghiburkan peminat untuk menari dan menyanyi bersama-sama. Peminat bukan sahaja dari Malaysia namum dari negara-negara jiran turut hadir untuk melihat band kesukaan mereka membuat persembahan secara live.

Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band

Tambah Encik Rohit lagi, “Walaupun kami sudah mula melebarkan sayap dalam penganjuran konsert genre berlainan namun saya masih berasa teruja untuk menganjurkan konsert Bollywood dan melihat peminat-peminat masih memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini. Saya juga ingin mengambil peluang untuk berterima kasih dengan rakan-rakan penganjur, Le Mirch (Penaja Utama), Sunway Putra Hotel (Rakan Hotel), Milestone Entertainment & Clifftop Group Asia (Sokongan), Varnam Malaysia (Rakan Media) and D’Mart Travel and Tours (Rakan Pengangkutan).”

Penonton yang hadir menyaksikan konsert Sanam Band

Apabila ditanya apakah perancangan Hitman Solutions seterusnya, Encik Rohit berkata, “Kami dalam perancangan untuk melancarakan festival pertama kami PINKFISH Music & Arts Festival. Nantikan maklumat lanjut dan anda boleh ikuti perkembangan kami di Instagram dan Facebook.”

Bagi pertanyaan lanjut berkenaan konsert-konsert pada masa akan datang, sila hubungi Encik Keeran D (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.