November 13, 2024

KUALALUMPUR, 15 FEBRUARI 2022 – Kata-kata pujangga ‘Tanah ini Kampung Kencana’ merupakan sebahagian daripada lirik dalam lagu Senandung Melayuku yang dinyanyikan oleh M.Nasir, gubahan oleh beliau sendiri dan juga Brad Parker, manakala liriknya pula telah ditulis oleh Keon. Lagu ini telah dicipta dan dirakam pada tahun 1998 sebagai salah satu daripada 4 lagu dalam sebuah projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai Emas dan bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG. Namun pada waktu itu, atas dasar-dasar tertentu, lagu Senandung Melayuku bersama dengan sebuah lagu lagi yang berjudul I Have A Name , tidak berpeluang untuk dilancarkan lalu hilang tanpa ada rancangan selanjutnya. 

Menurut Keon, “Oleh kerana hal-hal tertentu, projek itu terkandas. Namun, empat lagu berjaya dirakam dan salah sebuah lagu itu adalah Senandung Melayuku. Ia dirakam pada tahun 1998. 

“Selepas terkandasnya projek album tersebut, Luncai Emas sendiri tidak berbuat apa-apa untuk meneruskannya. Tetapi, ada di antara keempat-empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M.Nasir. Sebagai contoh lagu Dalam yang liriknya dihasilkan Loloq.” Katanya.

Kini, pada tahun 2022, lagu Senandung Melayuku timbul semula sebagai keluaran terbaru Luncai Emas dan single terbaharu Dato’ M.Nasir. 

‘’Memandangkan M.Nasir sudah lama tidak muncul dengan single baharu, pihak Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan lagu itu di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd’’. Ujar Keon.

Dalam lagu ini Dato’ M.Nasir telah bekerjasama dengan Brad Parker, seorang komposer dan penerbit yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang penulis yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik di sana, di mana banyak lagu tulisan beliau telah dinyanyikan oleh artis-artis popular Amerika Syarikat, seperti Cher, Richard Page, Kieran Goss dan juga artis-artis Asia seperti Andy Lau di Hong Kong dan Jaya di Filipina. 

M.Nasir muncul dengan single terbaharu berjudul Senandung Melayuku

Lirik Senandung Melayuku ditulis oleh Keon, seorang penulis lirik yang tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air. Banyak lirik yang ditulis oleh pena beliau dan lagu-lagu yang membawanya telah menjadi ‘hit’, seperti Relaku Pujuk oleh Spider, Kejoraku Bersatu oleh Search, Joget Angan Tak Sudah oleh Jay Jay, Tunggu Aku Datang oleh Hazama, Di Bayang Awan oleh Awie, Raguku oleh Ella dan banyak lagi.

Menurut Keon lagi, “Bila diminta menulis lirik untuk lagu Senandung Melayuku, saya terkejut. Tak sangka dia minta saya menulis lirik lagu yang dia sendiri akan nyanyikan. Selama saya bersama dan membantu kerjaya muzik beliau, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menghasilkan lirik lagu buat beliau.”

Sebagai pencipta lagu, M.Nasir mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.

“Dan, kalau kita kaji kebanyakan lagu-lagu nyanyian beliau, banyak sekali liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis. Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikan. Kita perlu hormati hakikat itu,” katanya. 

Keon penulis lirik Senandung Melayuku

Tahun lepas, Senandung Melayuku juga telah menjadi lagu pembukaan bagi MATHNAWI, sebuah dokumentari pendidikan RTM sebanyak 13 Episod terbitan Luncai Emas, yang menceritakan tentang sejarah karya-karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti Zubaidah, Gurindam 12, Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa , Pelayaran Abdullah dan lain-lain lagi. dokumentari tersebut telah pun ditayangkan di RTM awal tahun ini.

“Ramai suka bunyian dalam lagu ini. Mereka kata sedap. Memang diakui kehebatan kolaborasi M Nasir dan Brad Parker. Lagu ini untuk dendangan M Nasir dan pastilah beliau meletakkan harapan dan jangkaan tinggi untuk saya hasilkan yang terbaik. Alhamdulillah, selepas menghasilkan lirik ini buat pertama kali, beliau terus terima dan merakam suara.” Jelas Keon lagi.

Team Luncai Emas juga berpendapat, walaupun ianya bukan karya baharu, namun ia jarang didengar serta tidak diketahui peminat di luar sana. Sebuah video lirik rasmi untuk single ini telah pun tersedia di dalam saluran Youtube Luncai Emas untuk tontonan semua. Lagu Senandung Melayuku juga boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. 

Sejak lagu tersebut dimuat naik di saluran YouTube pada 24 Januari lalu, maklum balas peminat sangat positif.

Luncai Emas berharap dengan rilisan lagu Senandung Melayuku ini dapat mengubat rindu untuk semua peminat Dato’ M.Nasir dan masyarakat luar di sana yang sentiasa menyokong kerjayanya yang pasti sudah lama menanti akan karya terbaharu beliau. 

M.NASIR – SENANDUNG MELAYUKU – OFFICIAL VIDEO

 

8 thoughts on “Barang lama Dato’ M.Nasir dihidupkan semula

  1. электророхли
    [url=https://samokhodnyye-elektricheskiye-telezhki.ru]https://samokhodnyye-elektricheskiye-telezhki.ru[/url]

  2. электрическая рохля
    [url=https://samokhodnyye-elektricheskiye-telezhki.ru]https://samokhodnyye-elektricheskiye-telezhki.ru[/url]

  3. ножничный подъемник
    [url=https://nozhnichnyye-podyemniki-dlya-sklada.ru]https://nozhnichnyye-podyemniki-dlya-sklada.ru[/url]

  4. штабелер электрический самоходный
    [url=https://shtabeler-elektricheskiy-samokhodnyy.ru]https://shtabeler-elektricheskiy-samokhodnyy.ru[/url]

  5. электроштабелеры
    [url=https://elektroshtabeler-kupit.ru]https://elektroshtabeler-kupit.ru/[/url]

  6. Hey! Would you mind if I share your blog with my zynga group? There’s a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Many thanks

Comments are closed.