May 23, 2024

PETALING JAYA – Sweet Charity, antara kumpulan rock ikonik rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinanti-nantikan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023.

Konsert ini meraikan kemunculan semula setelah 11 tahun sejak kali terakhir Sweet Charity beraksi bersama di atas pentas. Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu, termasuk ‘Kamelia’, ‘Teratai’, ‘Sejuta Wajah’ dan banyak lagi. Ianya menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu.

Sweet Charity

Konsert Berita Gempa bakal menjelajah ke seluruh negara, dengan Johor Bahru sebagai destinasi pertama sebelum menuju ke Sabah, Miri, Langkawi dan akhirnya Kuala Lumpur. Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan legenda yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock.

Sweet Charity bersama penganjur

Nama Konsert Berita Gempa diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album tersebut. Bukan sekadar penghargaan buat album klasik tersebut, Konsert Berita Gempa ini turut memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini. Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik mereka.

Datuk Ramli Sarip

Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar dan Rahman Sarbani bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air.

Tanda kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Suatu jelajah bermakna yang wajib disaksikan peminat dan serata penggemar muzik!

Rosli Mohalim

Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Konsert Berita Gempa ini dibawakan oleh Megatix Malaysia selaku penganjur utama dan ejen tiket rasmi dengan kerjasama rakan promoter, Lampuneon. Dapatkan tiket di www.beritagempa.live

Temu bual eksklusif bersama Sweet Charity