October 10, 2024

KUALA LUMPUR – Sebagai meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut 10 Februari depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh kaum keluarga rakyat Malaysia sama ada dekat atau jauh berkumpul menyaksikan tayangan program-program terbaik disiarkan menerusi saluran TV1, TV2 dan Okey. 

Membariskan pilihan program menarik termasuklah filem, drama, telemovie dan hiburan berkualiti, RTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

TV1  

Telemovie “Apek & Siti” I 10 Februari 2024 I 1.30 petang

Kisah Apek dan Siti yang terpisah selepas keluarga Apek berpindah ke luar negara. Selepas dewasa, mereka bertemu di cafe namun saling tidak mengenali. Pertemuan itu membibitkan rasa cinta namun hasrat mereka dihalang oleh bapa Siti. Keluarga Apek kemudiannya bertandang ke rumah keluarga Siti untuk memujuk bapa Siti menerima percintaan mereka. Ketika di rumah keluarga Siti, tv menayangkan filem P.Ramlee, lalu keluarga Apek menyatakan mereka menyukainya. Ini mengubah fikira bapa Siti terhadap Apek.

Pelakon: Ezzaty Abdullah, Billy NG, Arash Mohd, Raja Ema, Putri Syahadah Nur Jannah, Lim Xuan dan Sani Sudin.

Telemovie “Dim Sum Yu Win” I 10 Februari 2024 I 9.00 malam

Mengisahkan seorang bapa, Tan yang diberhentikan kerja di bandar, kembali ke kampung halamannya untuk mengusahakan tanah kampungnya bermula cabaran dan dugaan Yu Wen dalam menghadapi pertukaran dari segi kehidupan di kampung.

Pelakon: Roger Shak Yi, Chai Zi, Chelsia Ng, Nadiya Nisaa, dan Aqil Nahar.

TV2

Drama bersiri “Joe Singa” I 8 episod I 1 – 12 Februari 2024 I Isnin – Jumaat I 5.00 petang

Pada usia lapan tahun, ayah Joe telah membawanya ke sebuah persembahan Tarian Singa di halaman kampungnya. Persembahan akrobatik yang luar biasa itu membuat Joe sangat teruja. Semenjak dari itu, Joe berazam untuk menjadi penari Tarian Singa yang unggul di Malaysia. Apabila dewasa Joe telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik, dan kehidupan Joe mula terjebak di dalam dilema. Joe mula merasa kerjayanya sekarang tidak akan membawanya ke mana-mana. Pada satu hari, Joe telah terbaca sebuah artikel tentang pasukan Tarian Singa yang ahlinya terdiri daripada pelbagai bangsa. Joe kemudiannya telah menyertai pasukan tersebut Dengan bimbingan Sifu, Joe telah berlatih sungguh-sungguh dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Joe bertekad mahu menjadi penari yang termasyhur di Malaysia.

Pelakon: Vicky Rao, Iskandar Zulkarnain, Beego, Adam Shah & Kimberly Chah.  

Filem: “Still Human” I 9 Februari 2024 I 9.00 malam

Seorang lelaki Hong Kong yang lumpuh dan putus asa bertemu dengan pembantu rumah Filipina baharunya. Kedua-dua orang yang tidak mengenali itu tinggal di bawah bumbung yang sama melalui musim yang berbeza, dan sambil mereka mengetahui lebih lanjut tentang satu sama lain, mereka juga mengetahui lebih lanjut tentang diri mereka sendiri.

Pelakon: Anthony Wong, Crisel Consunji, Sam Lee dan Cecilia Yip 

Telemovie “Road Trip” I 10 Februari 2024 I 1.10 petang

Setiap kali menjelang sambutan Tahun Bahru Cina, Mei Lai akan sentiasa sibuk mengemas rumah sambil dibantu suaminya, Da Li. Manakala anaknya Xio Li akan membawa kawan-kawan makan di rumah. Tahun ini Mei Lai berasa penat untuk mengemas rumah dan memasak. Dia menasihati Xio Li supaya menghargai ibu bapa dan kembali semula ke kampung halaman sebelum sambutan Tahun Baharu Cina. Berlaku pelbagai kisah dalam perjalanan mereka sebelum sampai ke destinasi di tuju.

Pelakon: Freddie Wong, Remon Lee, Jet Lew dan Janet Ooi 

Program “The 5th Asean China Media Week I 10 Februari 2024 I 5.30 petang

Konvensyen bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara ASEAN dan Republik Rakyat China melalui lensa media dan komunikasi sebagai platform mempromosi kesedaran silang budaya.

Telemovie “Gerak Silat Gendang Singa” I 12 Februari 2024 I 9.00 malam

Telemovie Gerak Silat Gendang Singa mengisahkan seorang gadisberbangsa Cina, Susan yang meminati seni silat dan dalam masa yangsama Susan juga aktif dalam kumpulan tarian singa sebagai pemukulgendang. Konflik terjadi apabila ayah Susan tidak mahu Susan terlibatsecara serius dengan silat dan meminta Susan berhenti dari belajar silatdan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kumpulan tarian singa.Susan cuba untuk berhenti dari belajar silat tetapi minatnya mengatasi segalanya. 

Pelakon: 

Lakonan : Kimberly Chuah, Jordan Voon, Izzy Reef, Z Lokman, Ammar, Yan Ibrahim, Airil Hafiz, Suky San dan Amelia Cheah

OKEY 

Telemovie “Rendang Limau” I 10 Februari 2024 I 4.00 petang

Qatina yang telah 3 tahun berkahwin dengan Amir merindui sambutan Tahun Baru Cina bersama kedua ibu bapanya. Disebabkan perkahwinannya dengan Amir tidak disukai ayahnya, Qatina tidak dapat menyambut perayaan tersebut. Ibu Qatina, Siew Lan membuat permintaan agar sambutan Tahun Baru Cina ini dapat diadakan dan keluarga Amir cuba mengusahakannya.

Pelakon: Jaa Suzuran, Joyce Harn, Angeline Tan, Kenji Sawahii dan Sheila Mambo 

Telemovie “Harapan Hasrat” I 9 Februari 2024 I 10.00 malam

Mengisahkan Xiao Juan, yang berasal dari kampung datang ke bandar demi mencapai impian, justeru berkenalan dengan Kelvin yang sentiasa membantunya Xiao Juan semasa menghadapi kesusahan. Xiao Juan bekerja sebagai penyanyi internet dan akhirnya menjadi selebriti internet. Apabila balik ke kampung, mereka berdua bercadang dan mengajar nelayan nelayan cara menjual makanan laut melalui Live, serta membantu mereka meningkatkan taraf dan kualiti hidup untuk menyambut masa hadapan.

Pelakon: April Chan, Aaron Lui, Eliza Wong, Kenji Sawahii, YK Ong, Justin Khor, Thor Yin Wei dan Nick Ng.