PUTRAJAYA, 19 SEPTEMBER 2021 – Seramai 80 penduduk Putrajaya menerima bantuan Bakul Makanan sumbangan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, yang telah diagihkan oleh BERSATU Putrajaya, petang Tadi.
Sumbangan berasaskan keperluan makanan itu diagihkan kepada penduduk Presint 16 dan Fasa 5R4, Presint 5.
Menurut Pengerusi Komuniti Penduduk Perumahan Penjawat Awam (PP1M) Jintan, yang dikenali sebagai Ustaz Malik, beliau merasa lega kerana dengan adanya bantuan seperti ini dapatlah meringankan beban sara hidup penduduk sekitar Putrajaya khususnya. Dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan lagi ukhwah antara pemimpin dan masyarakat.
Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik YB Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Saudara Mohd Fahim Mohd Farid dan Ketua Bahagian BERSATU Putrajaya Saudara Azam Hashim. Manakala Ketua Srikandi BERSATU Putrajaya Puan Saarah Ali Bashah turut serta mengagihkan bantuan tersebut kepada penduduk.


