March 2, 2024

KUALA LUMPUR – Peringkat Suku Akhir 2 Pertandingan Bintang RTM 2024 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, baru-baru ini sekali lagi mengumumkan tiada penyingkiran dilakukan. Persembahan mereka dinilai dan diadili sepenuhnya juri profesional iaitu LY, Datuk Syafinaz Selamat, Raja Sham (Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM) dan juri undangan Datin Alyah.

Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan markah-markah keseluruhan Suku Akhir 2 Bintang RTM 2024 daripada juri profesional.

1. Dhania – Loyal Brave True (76.6%)

2. Joy – Pelangi Petang (73.3%)

3. Feka – Bukan Cinta Biasa (71%)

4. Eylia Guntabid – Dawai (71%)

5. Shah Rezza – Bila Tiba (70%)

6. Akmar Natasha – Langit Cinta (69.6%)

7. Hady Huv – Never Enough (68%)

8. Scha Nuril – Colors of The Wind (67.3%)

9. Jon – Terlanjur Cinta (66.3%)

10. Harris – Dealova (65.6%)

11. Roxy Ixzy – Pulangkan (64.3%)

12. Noy – This Is Me (64%)

13. Zizi Safira – Cinta Sejati (61%)

14. Azumi – Memori Cinta Sejati (57.6%)

Konsert Bintang RTM 2024 bakal diteruskan dalam persaingan minggu ketiga pada 27 Januari ini, pukul 9.00 malam di TV2 dan secara dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). Kesemua 14 peserta program realiti nyanyian ini bakal mempersembahkan lagu pilihan masing-masing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Kebebasan diberikan dalam memilih lagu mengikut kelebihan dan keselesaan vokal masing-masing. Berikut disenaraikan lagu-lagu tugasan peringkat Suku Akhir 3 Bintang RTM 2024:

Akmar Natasha – Samar Bayangan (Nicky Astria) 

2. Feka – Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin)

3. Azumi – Ratuku (Dato’ Awie)

4. Zizi Safira – Kejoraku Bersatu (Search)

5. Scha Nuril – Isabella (Search)

6. Hady Huv – Sampai Syurga (Faizal Tahir)

7. Harris – Bayangan Gurauan (Mega)

8. Shah Rezza – Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

9. Roxy Ixzy – Kamelia (Sweet Charity)

10. Jon – Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)

11. Dhania – House of The Rising Sun (The Animals)

12. Joy – Potret (Akim & The Majistret)

13. Eylia Guntabid – Opera Hidup (Wings)

14. Noy – What’s Up (4 Non Blondes)

*Keputusan markah akan dikemaskini selepas konsert berlangsung. Maklumat lengkap boleh layari rtmklik.rtm.gov.my.

“Bintang RTM bukan hanya pertandingan nyanyian tetapi pentas untuk melahirkan lagenda”.