Blood Brothers gegarkan bazar Ramadan!

Kehangatan tahun ini semakin membara dengan kehadiran bintang-bintang filem Blood Brothers di bazar Ramadan terpilih! Primeworks Studios (PWS) dan Skop Productions membawakan pengalaman eksklusif buat peminat untuk bertemu secara dekat dengan para pelakon kegemaran mereka serta berpeluang memenangi tiket ke Gala Premiere Blood Brothers!

Filem Blood Brothers, yang bakal menggegarkan pawagam bermula 10 April 2025, merupakan karya arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Filem ini menggabungkan tenaga kreatif daripada penulis hebat seperti Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain. Barisan pelakon pula terdiri daripada nama-nama besar dalam industri perfileman negara, termasuk Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.

Sebagai sebahagian daripada kempen promosi, Blood Brothers akan menjelajah enam lokasi bazar Ramadan terpilih bagi mendekati peminat. Siri aktiviti ini akan bermula pada 15 Mac 2025 di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, sebelum diteruskan di Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya pada 16 Mac. Peminat berpeluang menikmati sesi meet & greet, merakam swafoto bersama pelakon, serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Lebih istimewa, peminat yang berjaya menemui barisan pelakon Blood Brothers akan menerima sampul raya khas dengan kod QR eksklusif untuk menyaksikan treler istimewa. Selain itu, mereka juga boleh mencuba nasib dalam cabaran ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi tiket percuma ke Gala Premiere atau membawa pulang merchandise edisi khas!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai #MyBloodBrothersChallenge! Kongsi gambar anda di Instagram, tag @primeworksstudios.film dan @skopofficial__, serta gunakan hashtag #MyBloodBrothersChallenge. Geng yang paling kreatif dan menonjol berpeluang memenangi barangan eksklusif serta beraksi di karpet merah bersama para pelakon dalam acara berprestij Gala Premiere Blood Brothers!

Pastikan anda mengikuti semua langkah penyertaan di @primeworksstudios.film dan penuhi syarat yang ditetapkan untuk penyertaan yang sah. Rebut peluang ini untuk bertemu pelakon kegemaran anda dan rasai sendiri ikatan brotherhood yang sebenar! Untuk perkembangan terkini mengenai jelajah bazar Ramadan Blood Brothers, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.