KUALA LUMPUR – Menjelang ketibaan bulan suci Ramadan, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur sekali lagi mempersembahkan bufet iftar istimewa bertemakan “Ramadhan Extravaganza”, yang akan berlangsung dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025 di Restoran Suasana@27, aras 27 hotel tersebut.
Bufet Ramadan kali ini menawarkan lebih 172 jenis juadah berbuka puasa, termasuk hidangan warisan Melayu yang mendapat sambutan ramai seperti Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, Sup Gearbox, dan Gulai Daging Batang Pisang. Menurut Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor, menu tradisi ini dikekalkan atas permintaan ramai, selain memperkenalkan menu baharu seperti Sup Kepala Ikan serta hidangan antarabangsa yang memikat selera.


Selain itu, sebanyak 16 gerai makanan akan menyediakan pelbagai hidangan istimewa seperti Laksa Penang, Rojak Pasembur, Satay Ayam & Daging, Murtabak, Roti John, Pasta, Pizza, Chicken Shawarma, Roast Whole Lamb, Ikan Bakar, Mee Goreng Mamak, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga aneka pencuci mulut termasuk Kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, Pulut Durian, Pavlova, Kek Keju, serta pelbagai jenis biskut kampung dan manisan tradisional.
Bagi yang inginkan suasana lebih eksklusif, Tamu Sky Lounge (Aras 40) dan Sky View (Aras 42) menawarkan pengalaman berbuka dengan menu istimewa seperti Daging Wagyu Halal yang terkenal dengan kelembutan dan kelezatannya.
Harga dan Tempahan Awal
Bufet ini ditawarkan pada harga RM169+ seorang, dengan diskaun khas untuk warga emas (RM75+) dan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun (RM70+). Baucar tempahan awal boleh didapati pada harga RM99+ seorang sehingga minggu pertama Ramadan. Pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana tempat adalah terhad.
Untuk tempahan dan pembelian baucar, hubungi Restoran Suasana@27 di talian +603 2603 1999 atau WhatsApp +6019 303 9360.


Tawaran Penginapan Istimewa Ramadan
Selain bufet iftar, Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur turut menawarkan pakej penginapan istimewa sepanjang Ramadan pada harga RM160+ untuk 2 hari 1 malam, termasuk sahur percuma untuk dua orang serta diskaun 20% untuk bufet ‘Ramadhan Extravaganza’.
Terletak berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru, hotel ini menjadi lokasi ideal untuk tetamu yang ingin menunaikan solat Tarawih, Tadarus, dan Qiamullail dalam suasana yang selesa dan mendamaikan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan penginapan, sila hubungi Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur di talian +603 2603 1999 atau WhatsApp +6019 303 9360.

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
Dengan 272 bilik dan 91 suite mewah, hotel ini menawarkan kemudahan moden termasuk kolam renang infiniti, pusat kecergasan, restoran eksklusif, serta ruang mesyuarat yang boleh menampung sehingga 500 orang. Ia menjadi pilihan utama untuk percutian, mesyuarat korporat, serta acara istimewa di ibu kota.