KOTA KINABALU – Kumpulan rock ternama, Bunkface, akan menggegarkan Borneo dengan persembahan terhebat mereka dalam konsert bertajuk “Bunkface Rock In Borneo”. Konsert ini akan berlangsung pada 19 Julai 2023 di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.
Bunkface, yang diiktiraf dengan lagu-lagu popular seperti “Situasi”, “Revolusi”, dan “Panik”, telah mencipta nama dalam dunia muzik rock tempatan. Mereka dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan mengasyikkan.
Konsert “Bunkface Rock In Borneo” di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah akan menjadi malam yang tidak akan terlupakan buat peminat-peminat setia Bunkface di seluruh Borneo. Acara ini menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan, dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang.
“Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan daripada MYCREATIVE VENTURES SDN BHD mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah”, kata Sam.
“Kami juga berharap concert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini,” tambah Youk.
Peminat boleh menjangka persembahan luar biasa daripada Bunkface, dengan setlist yang memuatkan lagu-lagu popular dan muzik berkualiti tinggi. Konsert ini adalah peluang unik untuk menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang ditawarkan oleh Bunkface.
Tiket konsert “Bunkface Rock In Borneo” telah mula dijual pada 11 Jun di tapau1x.tapau.asia. Tiket bermula dari RM 88 untuk CAT 1 – Panik , RM 128 untuk CAT 2 – Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi . Peminat-peminat dijemput untuk mendapatkan tiket awal untuk memastikan kehadiran mereka pada malam yang mendebarkan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert “Bunkface Rock In Borneo”, boleh berhubung dengan Farriz Izzuan di talian 012-8004208 atau email kepada farriz@tapau.asia. Peminat juga boleh melayari laman sesawang www.bunkface.my untuk maklumat lanjut.