December 6, 2024

KUALA LUMPUR – ALVN, yang sebelum ini dikenali sebagai Alvin Chong, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan dan fesyen di Malaysia. Kini muncul dengan penampilan baharu, ALVN yang juga merupakan pemuzik serba boleh turut dilantik sekali lagi bagi jenama terkemuka Longines buat dua tahun berturut-turut. Dia juga telah dilamar jenama penjagaan muka berprestij La Mer baru-baru ini.

Antara pencapaian terhebat ALVN tahun ini setakat ini adalah apabila dia diberi peluang mewakili Malaysia di Minggu Fesyen Milan (Milan Fashion Week) bersama Onitsuka Tiger pada Februari 2023 lepas dan beliau juga telah berpeluang untuk menghadiri pertunjukan ikonik dari Coach di Minggu Fesyen New York (New York Fashion Week) sebelum menghadiri pertunjukan fesyen dari Prada, BOSS dan Onitsuka Tiger di Minggu Fesyen Milan pada bulan September berikutnya.

“Ia merupakan impian saya untuk menghadiri Minggu Fesyen di New York dan Milan yang merupakan titik permulaan di mana kebanyakan trend dalam industri fesyen dilahirkan. Saya amat berbesar hati dan terinspirasi kerana dapat menyaksikan koleksi-koleksi terkini dari Coach, Prada, BOSS dan Onitsuka Tiger secara langsung,” kata beliau.

Perjalanan fesyen ALVN ini bukan sahaja pencapaian peribadi, bahkan ia juga mampu mengangkat nama baik Malaysia di persada industri kreatif antarabangsa demi menjalin hubungan baik dengan jenama global gergasi dalam dunia fesyen. “Peluang untuk mewakili Malaysia ini bukan sahaja merupakan suatu yang membanggakan, malah saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk berjumpa dengan ahli-ahli utama industri fesyen dari serata dunia,” tambahnya.

Sementara itu, status ALVN sebagai ikon fesyen terbaru dan antara yang paling memberi impoak besar di Asia Tenggara, diperkukuhkan lagi apabila dia telah dinobatkan dengan anugerah McM Rising Star dalam kategori Most Promising Fashion Icon 2023 pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Majlis anugerah McM ini telah dianjurkan oleh McMillan Woods Global, sebuah badan antarabangsa meliputi firma bebas tempatan dan serantau terdiri daripada akauntan berkelayakan dan penasihat profesional.

“Pengiktirafan dari anugerah McM Woods Global ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan buat saya. Saya berharap agar pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk tetap mengejar impian mereka, walaupun ianya dirasakan mustahil – apa yang penting adalah keberanian untuk mengambil langkah yang pertama”,ujar ALVN.

Pengembaraan global ALVN ini juga telah membuka peluang baru untuk beliau bekerjasama dengan ahli muzik dari pelbagai negara. Terbaru, ALVN telah berkolaborasi bersama komposer-komposer Eropah Simon Reichardt, Felix Eickhoff dan Rene Miller untuk menerbitkan ‘onemorenight’ bersama penyanyi dan komposer sensasi dari Korea Selatan YOUHA. Kolaborasi istimewa bersama YOUHA ini telah menggemparkan Asia Tenggara, meletakkan lagu mereka itu di dalam posisi carta yg selesa di dalam New Music Friday Playlist di Spotify.

Akan tetapi, ALVN tidak sekadar berhenti di situ. Beliau juga telah mengeluarkan ‘need me now’, satu lagu hasil kolaborasi bersama penerbit dari Singapura dan pada masa yang sama, ALVN juga sedang mengusahakan sebuah lagu baharu bersama seorang penerbit dan penulis lirik dari Malaysia yang menetap di Korea Selatan.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata “Saya berbangga dengan keberanian ALVN untuk bertapak keluar dari zon selesa beliau untuk mencipta identiti baru yang melangkaui alam muzik dan juga fesyen.”

Brandon Chan yang merupakan Pengarah Pengurusan Artis dan Perniagaan Universal Music turut bersetuju dan menambah “Kami sangat bangga menyaksikan ALVN mengambil langkah yang menakjubkan dalam industri muzik dan fesyen sejak 6 tahun lepas lagi. Bakat beliau akan terus menyinar dan kita hanya akan menjangkakan yang lebih baik dari ALVN di masa hadapan.”

Disamping pencapaian yang dirai, ALVN juga terus aktif berkarya menerusi siri audio siar (podcast) video beliau yang bertajuk ‘R U OK?!’ yang boleh didapati di platform penstriman Apple, Spotify dan juga Youtube. Siri ini menyentuh lebih dalam berkenaan dengan pergelutan yang dihadapi oleh Generasi Z di era pasca-COVID, di mana ia bertujuan untuk memberi manfaat dan inspirasi untuk pendengar mengatasi cabaran yang dihadapi. Setiap episod dihadiri dengan tetamu jemputan, di mana mereka berkongsi tentang pengalaman hidup dari perspektif masing-masing.

Yang pasti ALVN akan terus berkarya dan tentu sekali akan bekerja keras demi mencapai segala cita-citanya. Terus berikan sokongan kepada ALVN dengan mengikuti dan terus kekal bersama di laman sosial rasmi ALVN.