KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2021 – Bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepada umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.
Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa.
Filem animasi ini mendapat perhatian Diana Amir dan Fara Fauzana dimana mereka menyatakan sebab-sebab kenapa anda WAJIB menonton siri-siri animasi ini.
4 sebab oleh Diana Amir
Bagi Diana Amir yang kini giat bergerak di sebalik tabir penstriman televisyen atas talian juga merupakan orang penting di Nurflix.TV, beliau menyifatkan dua sirah kenabian itu sebagai kandungan wajib tonton yang bermanfaat untuk seisi keluarga.
Diana Amir menyatakan 4 sebab mengapa beliau teruja untuk menonton siri animasi ini.
pertama : Siri animasi ini mempunyai sarikata Bahasa Melayu, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab).
Kedua : Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri. Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan. Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya.
Ketiga : Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik.”
Keempat : Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahuai perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.
4 sebab oleh Fara Fauzana
Penyampai radio Fara Fauzana atau Fafau yang kini kembali bertugas di Hot FM Selepas lima tahun meninggalkan stesen radio tersebut sekali gus melengkapkan trio pagi bersama pasangan penyampai AG dan Fad Bocey. Beliau juga mempunyai 4 sebab dimana beliau tertarik untuk menonton siri-siri kenabian ini.
Pertama : Kisah-kisah Nabi yang menarik tentang Habibullah dan Kalimullah.
Kedua : Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan.
Ketiga : Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya.
Keempat : Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca.
Dua siri animasi ini boleh ditonton menerusi platform digital Nurflix yang boleh dimuat turun dengan aplikasi Apple Appstore atau Google Playstore.



