Dokumentari Cuaca Dunia Yang Tak Menentu Dalam “Weather Gone Viral” Di TV1

KUALA LUMPUR, 30 April 2025 – Dokumentari berbahasa Inggeris, “Weather Gone Viral” yang berkongsidetik situasi yang paling mendebarkan dan tidak dapat dilupakan dalam dunia cuaca menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 1 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 12.05 tengah hari di TV1 dan RTMKlik.

Menariknya, 18 episod dokumentari menarik ini turut memaparkan aksi cuaca paling ekstrem berjaya dirakamkan untuk tontonan orang ramai selain ahli meteorologi profesional undangan akan mengulas kejadian yang berlaku. Pada masa sama penonton dapat mengetahui bencana teruk yang berlaku secara semula jadi itu.

Mengisi slot tontotan ramai World Watch di TV1,pelbagai peristiwa dan kejadian bencana alam dipaparkan dalam dokumentari hebat ini termasuklah tentang ribut musim sejuk yang melanda Eropah, empat puting beliung besar mendarat dalam masa sejam di satu bandar, momen pengantin perempuan berkahwin semasa banjir monsun, dan banyak lagi.

Ikuti episod pengenalan bertajuk ‘Wild Weather Rampage’ yang membawakan cerita tentang kejadian tanpa diduga kemarahan semula jadi alam yang kemudiannya melepaskan cuaca yang paling buruk.

Manakala menerusi tajuk ‘Eye of the Storm’ pula menceritakan tentang apabila pusat cuaca ekstrem telah terkena bencana yang kuat namun tidak ada cukup masa dan tenaga untuk menghalangnya.

Dalam episod ‘Surviving the Weather’ dibawakan adegan puting beliung yang besar memberi impak berlakunya kejadian banjir epik, apabila cuaca ekstrem melanda. Tiada cara untuk menghalang, sebaliknya mereka hanya berjuang untuk bertahan daripada serangan alam semula jadi tersebut.

Perkongsian tajuk ‘Forces of Nature’ pula mengetengahkan aktiviti peluncur ombak besar hingga kepada juruterbang paragliding, dimana apabila manusia mengambil bahagian dalam unsur ekstrem bumi, hanya akan ada seorang sahaja pemenang.

Turut dipaparkan episod ‘Weather Beyond Control’, cerita berlaku dalam musim sejuk sebuah bas cuba melepasi tornado Romania dimana ianya jarang berlaku; dan awan rak yang menjadi bahan mimpi ngeri.

Ikuti juga banyak lagi perkongsian tajuk-tajuk menarik yang lain seperti ‘The Wrath of Weather’, ‘Hurricane on the Horizon’, ‘Tornadoes at Midnight’, ‘Terror in a Flash’, ‘Storms Across the Globe’, ‘Music City Tornado’, dan ‘Seconds from Disaster’.