May 21, 2024

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa lama mendiamkan diri, juga kerana pandemik yang melanda dunia, kini dR.KRONIK kembali untuk mewarnai dunia seni muzik Malaysia. Mereka yang suatu masa dahulu bernaung di bawah KRU Music, kini kembali bergerak secara bebas bersama FunkyBrigade Mediaworks. Lagu-lagu seperti Buragas, Hidup-Hidup Di Bakar, Fanatik dan Bodoh Macam Yoyo pernah dan masih lagi di putarkan oleh radio arus perdana.

Mahu terus mekar di persada muzik, Projek khas dR.KRONIK & Friends yang merupakan projek cetusan idea oleh Chi, selaku vokalis utama kumpulan ini, juga komposer dan penulis lirik untuk lagu ZERO HERO.

Chi, vokalis utama dR. Kronik

Projek yang di namakan PROJEK ENDEMIK ini pada asasnya mengumpulkan lebih 30 rakan-rakan penggiat seni, samada di depan ataupun di belakang tabir, untuk sama-sama terlibat di dalam penghasilan sebuah lagu dan sebuah video muzik. Antara pemuzik-pemuzik yang terlibat ialah Lola (XPDC), Trabye (Paragone), OP (Black Maria), Joy Oren (Senna), Faiz (Frost Revenge), Tuah Johari, Ahtonk (Choosen), Eyo (Trimatra) dan Amli (Creatufall).

Lagu ZERO HERO ini juga di gubah dan di adun oleh Trabye sementara dua buah studio turut terlibat di dalam rakaman muziknya iaitu Karya Enigma dan FunkyBrigade.

Chi dan Trabye

Video muzik ZERO HERO telah di arahkan oleh Shamsul Cairel juga di bantu oleh rakan-rakan dari Resap Jilma Collective, yang terlibat di dalam produksi penggambaran dan pasca produksi. Produksi ini juga mendapat sentuhan Ahmad Fuad Othman, seorang artis visual ternama tanahair, di mana lokasi penggambaran telah di adakan di studio beliau, Type O Project di Klang.

Pengarah video muzik Zero Hero, Shamsul Cairel

Di dalam video muzik ZERO HERO anda akan dapat melihat beberapa karya beliau, yang masih lagi di dalam pembikinan, di gunakan sebagai latar di beberapa babak.

PROJEK ENDEMIK telah mendapat bantuan Dana Kandungan Digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2022 dan setelah semuanya selesai, sidang media di Timeless Music Studio, Damansara Perdana adalah merupakan satu kesinambungan dari projek tersebut.

dR. Kronik sewaktu di sidang media

Tenaga kerja dR.KRONIK kini sedang dalam perancangan untuk merangka siri jelajah di beberapa buah negeri di tanahair. Namun mereka tidak akan bergerak sendiri. Beberapa buah band akan di jemput untuk bersama di dalam siri jelajah ini dan sudah pastinya mereka mengharapkan kolaborasi dari penaja-penaja yang berminat.

dR.Kronik

Untuk rekod, tahun 1995 dR. Kronik bergerak secara underground dengan menggunakan nama REDS sebelum menandatangani kontrak dengan KRU MUSIC serta nama kumpulan ditukar kepada dR. Kronik pada tahun 2000.

Pada tahun yang sama mereka telah meriliskan album berjudul Buragas. Antara lagu-lagu hit, Buragas, Hidup-Hidup Di Bakar, Bodoh Macam Yoyo dan Telah Ku Katakan.