PETALING JAYA, 1 SEPTEMBER 2021 – Kelmarin, realme Malaysia berbesar hati mengumumkan pelancaran lagu baru untuk jenamanya yang berjudul ‘Kena Check’, dengan kerjasama artis hip-hop pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL) Joe Flizzow dan bintang rap muda, Hullera serta rapper berhijab yang terkenal, Bunga. Lagu tersebut adalah kolaborasi pertama di antara tiga rapper berbakat di Malaysia sempena Festival realme Fan 2021 yang berlangsung pada 28 Ogos 2021.
Di samping itu, Joe Flizzow, Hullera dan Bunga telah dilantik sebagai Duta realme 5G. Ketiga artis ini memiliki semangat berani untuk melangkah ke hadapan lantas menjadikan mereka sebagai pilihan ideal bagi Duta 5G realme malahan membuka ruang untuk mereka terus maju dalam industri ini.
“Ianya tercetus pada bulan Januari tahun lepas ketika kami mengadakan kolaborasi bersama Meerfly, MK & Kidd Santhe untuk lagu HAA TEPOK Remix. Lagu tersebut terbukti berjaya menarik perhatian ramai kerana video remix rasmi di YouTube telah mencapai sehingga 1.4 juta tontonan. Kali ini, pasukan realme Malaysia sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Joe Flizzow, Hullera dan Bunga dalam meraikan Festival realme Fan 2021. Kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka kerana mereka semua memiliki semangat ‘Dare to Be You’ (Berani Menjadi Diri Sendiri), baik dalam pekerjaan mahu pun kehidupan peribadi sesuai dengan tema kami tahun ini. Kami berharap peminat realme akan suka dan boleh menerima lagu ini,” kata Tiffany Teh, Pengarah Jenama realme Malaysia.

‘Kena Check’ tercipta hasil kolaborasi hebat Joe Flizzow, Hullera dan Bunga. Trek hip-hop yang dicipta oleh Joe Flizzow dengan mesej utama ‘Dare to Be You’ berusaha untuk memberi inspirasi kepada peminat dalam mencipta gaya tersendiri mereka serta melangkah maju dalam hidup tanpa batasan. Lagu tersebut telah pun dirilis pada 30 Ogos 2021 bersama video muzik.
“Pada masa kini, kita dikelilingi oleh peranti digital dan teknologi yang amat canggih. Untuk melakukan kerja dengan bijak serta pantas, kita harus terus mempelajari dan menguasai sesuatu yang baru setiap hari. Oleh kerana itu, saya sedar setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya dan kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kita hidup hanya sekali,” ujar Joe Flizzow ketika ditanya mengenai inspirasi lagu tersebut.
Joe menambah, “Periksa diri anda setiap hari, pastikan semuanya teratur dan tepat agar anda dapat memulakan hari anda dengan betul. Rancang dengan teliti, matlamat dapat dicapai dengan mudah jika anda berusaha keras, jadi ‘Kena Check’ dari semasa ke semasa, ini sangat penting untuk anda berkembang dan berjaya.”
“Memandangkan saya adalah peminat Joe Flizzow sejak sekolah menengah, saya sangat teruja mendapat kesempatan untuk berkolaborasi bersama beliau dan Bunga bagi merealisasikan lagu realme Malaysia ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga kepada semua ahli pasukan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek ini walaupun dalam situasi yang agak getir sekarang ini.” Kata Hullera setelah selesai rakaman lagu jenama tersebut.
Hullera menambah lagi, “Saya begitu gembira apabila dapat bekerjasama dengan realme Malaysia sekali lagi memandangkan semangat ‘Dare to Be You’ amat kena dengan diri saya. Saya juga berpendapat semua orang harus berasa selesa dan bangga menjadi diri mereka sendiri dalam mengharungi era moden ini.”
“Pertama sekali, saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada realme Malaysia kerana diberi peluang kolaborasi dalam menghasilkan lagu jenama mereka ini bersama Joe Flizzow dan Hullera. Kebetulan salah satu impian saya adalah untuk menghasilkan trek bersama Joe Flizzow dan Hullera. Kolaborasi ini mengajar saya bahawa jika saya menyerah kalah, perjalanan saya dalam industri ini akan menjadi sia-sia,” kata Bunga ketika ditanya mengenai pandangannya tentang kolaborasi untuk realme Malaysia ini.
“Bekerja dengan Hullera dan Bunga memang seronok, mereka berbakat. Saya rasa ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kami bertiga dapat bekerjasama serta menghasilkan lagu yang luar biasa untuk kempen besar seperti Festival realme Fan 2021 ini. Ia juga merupakan peluang untuk menunjukkan bakat rapper generasi baru Malaysia. Saya rasa gembira kerana kami dapat bekerjasama dengan mudah, terutama dalam masa yang sukar ini. Secara peribadi berpendapat bahawa ia akan menjadi lagu ‘HIT’ dan saya harap rakan dan peminat kami akan menyukai lagu ‘Kena Check’! Ujar Joe Flizzow.
Lagu ‘Kena Check’ boleh didengari di semua digital platform Apple Music, Spotify, YouTube, JOOX, KKBox, dan Deezer. Peminat realme juga boleh menonton video muzik di saluran rasmi Youtube Universal Music Malaysia.

Mengenai realme
realme adalah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi dengan pengalaman ‘Dare-to-Leap’. Jenama ini secara rasmi ditubuhkan pada 4 Mei 2018 oleh pengasasnya Sky Li, bersama dengan sekumpulan anak muda yang kaya dengan pengalaman dalam industri telefon pintar. realme komited untuk menawarkan prestasi hebat, reka bentuk yang bergaya, perkhidmatan yang tulus dan meneroka semua kemungkinan dalam produk teknologi.
Menurut laporan penghantaran telefon pintar Q4 2020 oleh syarikat penyelidikan Counterpoint Research pada bulan Januari 2021, realme berjaya meningkat 65% YoY (Year over Year) dan menghantar 42.4 juta telefon pintar pada tahun lalu. Sekaligus realme telah diumumkan sebagai jenama telefon pintar antarabangsa yang paling pesat berkembang di dunia untuk tahun 2020. Jenama ini telah melonjak berbanding syarikat gergasi lain dalam industri sekaligus mengambil kedudukan ke-7 dari segi penguasaan pasaran global. Jenama yang fokus kepada anak muda kini berkembang pesat di Asia Tenggara sejak memasuki pasaran pada Q4 2018. realme juga telah berkembang secara global ke 61 pasaran, seperti China, India, Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Rusia dan Afrika.