September 8, 2024

KUALA KUMPUR – Fattah Amin, selebriti popular Malaysia baru sahaja melancarkan lagu zikir eksklusif sempena bulan Ramadan ini. 5 lagu zikir ini kini tersedia untuk dihayati melalui aplikasi Mukmin Pro.

Lagu-lagu zikir, yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini, adalah sebahagian daripada fokus baru beliau dalam menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik.

Peminat karyanya pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baharu dan dapat menghayati zikir-zikir ini untuk refleksi dan meditasi spiritual semasa bulan Ramadan yang akan datang.

Fattah Amin

Aplikasi Mukmin Pro, yang dikenali dengan antaramuka pengguna yang mudah dan ciri-ciri Islamik yang boleh dipercayai, akan menawarkan trek eksklusif ini kepada pengguna semasa bulan Ramadan.

Aplikasi Mukmin Pro adalah aplikasi Islamik komprehensif yang mempunyai kompas Qibla, waktu solat, pembacaan dan terjemahan Quran, serta alat Islamik lain. Aplikasi ini tersedia di kedua-dua platform iOS, Android dan Huawei.

Sewaktu di sidang media

Fattah Amin berkata, “Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat saya dan komuniti Muslim yang lebih luas. Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini.”

Lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan ZIkir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro dan boleh dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadhan ini edaran Masyhur / Universal Music.