May 21, 2024

SHAH ALAM – Federal Power Sdn.Bhd telah mula bertapak di dalam industri tenaga (pembuatan kabel) tempatan seawal tahun 1974 dan diikenali dengan nama Federal Power & Telecoms Sdn.Bhd merupakan antara syarikat pelopor dalam industri tenaga.

Bermula sebagai syarikat usaha sama di antara Lembaga Letrik Negara yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB), Federal Cables, Wire and Metal Manufacturing Bhd (kini dikenali sebagai FCW Industries Sdn.Bhd) dan Fujikura Ltd of Japan, Federal Power & Telecoms Sdn.Bhd kemudiannya menjadi anak syarikat kepada sebuah kumpulan pelaburan tempatan yang bereputasi tinggi iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 1983 dan seterusnya telah menukar nama kepada Federal Power Sdn.Bhd pada tahun 1992.

Dato’ Seri Hj. N.W. Hisham Abdul Wahab telah mengambil alih pengurusan syarikat pada tahun 2017 sebagai pemegang saham terbesar sebanyak 81 peratus seterusnya Tenaga Nasional Berhad sebanyak 9 peratus dan 10 peratus lagi adalah syarikat dari Jepun yang kekal menjadi rakan teknikal sejak syarikat ditubuhkan iaitu Fujikura Ltd of Japan (FJK).

Berstatus syarikat Bumiputera dan mengamalkan konsep Madani bersesuaian dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, Federal Power Sdn.Bhd menstrukturkan kakitangannya yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa serta mengutamakan perpaduan sesama kaum yang ada di Malaysia.

Berstatus syarikat Bumiputera dan mengamalkan konsep Madani bersesuaian dengan saranan Perdana Menteri Malaysia, Federal Power Sdn.Bhd menstrukturkan kakitangannya yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa serta mengutamakan perpaduan sesama kaum yang ada di Malaysia.

Majlis perasmian oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YAB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan, pada 19 Mei lalu bertujuan untuk melancarkan Loji Kabel XLPE oleh Federal Power Sdn.Bhd dengan keluasan premis hampir 7 hektar yang merangkumi kawasan kilang dan pejabat seluas 5.2 hektar. Loji ini berkapasiti untuk menghasilkan sebanyak 100km sebulan bagi medium dan low voltage XLPE pelbagai saiz dan 550km bagi low voltage ABC konduktar pelbagai saiz.

Pecahan pasaran buat masa ini adalah sebanyak 95 peratus penjualan untuk keperluan TNB dan 5 peratus lagi adalah bagi kegunaan sektor swasta yang lain.