July 18, 2024

KUALA LUMPUR – Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut! 

Dengan hanya satu harga, iaitu RM16.20 di Astro dan sooka RM19.50, seisi keluarga dapat menikmati filem aksi blockbuster nombor 1 tahun ini dalam tempoh 48 jam, mengikut keselesaan mereka. Melalui sooka, penonton boleh menonton Sheriff tanpa kontrak dan bebas komitmen.

Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan “Alhamdulillah dan terima kasih penonton Malaysia yang menjadikan filem Sheriff sebagai filem nombor 1 di Astro First tahun 2024. Usaha Astro Shaw membawakan filem ini kepada semua penonton tempatan melalui Astro First telah menerima reaksi baik.

Kami memahami ada yang tidak berkesempatan menyaksikan filem ini di layar perak tempoh hari, jadi kami membawa Sheriff untuk anda semua dan menyarankan untuk menonton di platform Astro First melalui Astro dan sooka kerana kualiti gambar dan audio sememangnya dihasilkan khusus untuk platform ini.

Sheriff adalah arahan pengarah Syafiq Yusof dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First menerusi Astro dan sooka. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.