April 16, 2024
Raya Hey Raya amad fadlin dan chaca

Buat pertama kalinya, Amad Fadlin dan Chaca Trisha digabungkan bersama didalam sebuah lagu raya yang bertajuk ‘Raya Hey Raya’ hasil ciptaan dan nukilan Eppy Xpose bersama Nopi, Amad Fadlin dan juga Wan Iz. Mengambil konsep sedap didengar dan mudah diikuti ini amat bersesuai untuk kedua-dua penyanyi kelahiran Suria Records.

Berkenalan sedikit mengenai Chaca Trisha, beliau merumur 16 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 4 dan mempunyai bakat dan minat yang mendalam didalam bidang muzik. Selain aktif dalam aktiviti seni disekolah, Chaha Trisha juga sudah mula mendapat undangan nyanyian. Amad Fadlin pula sudah mempunyai 4 single sebelum ini tetapi ‘Raya Hey Raya’ merupakan lagu raya yang pertama buatnya.

Raya Hey Raya amad fadlin dan chaca

Menyentuh mengenai muzik video ‘Raya Hey Raya’ pula, proses suntingan yang mengambil masa hampir 2 hari ini melibatkan penduduk kampung bagi memeriahkan klip muzik video yang bakal dirilis di Youtube Suria Records dalam masa yang terdekat. Kemeriahan yang cuba ditonjolkan ini diharap dapat diterima ramai dan mendapat sokongan semua golongan masyarakat.

“Raya Hey Raya” boleh dimuat-turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX dan Spotify. Dengarkan juga lagu “Raya Hey Raya” nyanyian Amad Fadlin dan Chaca Trisha di semua saluran radio tempatan pilihan anda!