JAKARTA : Sebuah projek solo Ade Govinda setelah Tanpa Batas Waktu dan Cukup Lebih Baik, kali ini bersama penyanyi muda yang sangat berbakat dari segi suara dan kemampuan menciptakan lagu juga iaitu Anneth. Anneth atau nama penuhnya Anneth Delliecia,16, sudah menerima banyak penghargaan pada tahun 2021 lalu dengan single hitsnya Mungkin Hari Ini Esok atau Nanti.
Masih Belum Lupa sebuah lagu ciptaan Ade Govinda yang ditulis berdasarkan pengalaman hidup nyata tentang perasaan yang masih sangat sulit dilupakan walaupun kejadian patah hati yang terdalam itu sudah dilewatinya.
Lagu balada yang disusun dengan komposisi yang sangat megah, dan peminat wajib mendengarkannya dari detik awal sampai akhir, dimana dinamik lagu tersebut akan sangat terasa di hati dan halwa telinga. Ditambah dengan bintang undangan di lagu ini dalam mengisi pukulan drum oleh Yoyo Padi Reborn. Sangat ‘full power’ dan menambah daya emosional lagu ini ketika kita mendengarnya.
Menurut Ade lagu ini dicipta pada tahun 2020 tetapi dia hanya melamar Anneth pada 2021 berikutan pelbagai kekangan termasuk pandemik COVID-19.
Sewaktu menyiapkan karya itu, memang tiada penyanyi lain terbayang difikirannya melainkan penyanyi remaja itu kerana tertarik dengan vokal ‘husky’ dimiliki anak gadis yang pernah mengungguli Best Asian Artis di Mnet Asian Music Awards atau MAMA 2021 yang berlangsung di Korea Selatan pada Disember lalu.
“Projek lagu ini adalah antara yang terpanjang pernah dihasilkan kerana banyak penambah baikkan dan juga pengubah suaian dilakukan sepanjang perjalanan untuk menyiapkannya.
“Sewaktu proses membuat lagu Masih Belum Lupa saya merasakan hanya Anneth yang bersesuaian untuk membawakan lagu itu, kerana bagi saya dia seorang penyanyi yang sangat istimewa kerana mampu menyanyi dan bikin lagu. Tidak ramai penyanyi yang mampu menulis lagu, selain kualiti vokal dimiliki Anneth yang pada saya berada pada kelasnya yang tersendiri.
“Sewaktu saya ‘approach’ Anneth, saya memberikan master dan video lagu Mungkin Hari Ini kepadanya sebagai rujukkan sebelum proses rakaman dilakukan. Selain itu, saya juga memberi peluang kepada Anneth untuk menambah baik bahagian yang dirasakan bersesuaian dan perlu kerana dia juga berpengalaman menulis lirik. Jadi saya mempercayai kebolehannya itu,” kata Ade lagi.
Sementara itu, Anneth pula berkata, dia sudah lama mengidolakan karya Ade Govinda. Justeru, saat menerima tawaran untuk berkolaborasi, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima lamaran daripada Ade.
Namun kata Anneth, dia menimba banyak pengalaman baru sepanjang menyiapkan lagu Masih Belum Lupa yang disifatkan sebagai sangat mencabar.
“Saya memang sudah lama mengagumi karya-karya Ade seperti Tanpa Batas Waktu yang memang sangat hebat. Tapi saya tidak menyangka akhirnya berpeluang untuk berkolaborasi dengannya dalam sebuah projek.
“Dari awal sebelum masuk ke studio untuk proses rakaman, Ade memberi peluang kepada saya untuk mendengar dan study lagu itu terlebih dulu. Sebaik memperdengarkan lagu itu, saya akui ia sebuah karya yang sangat bagus, tapi sesi rakaman sangat mencabar.
“Proses rakaman berlangsung hingga ke malam kerana banyak penambah baikkan perlu dilakukan dari sudut vokal, dan ini bagi saya adalah lagu paling susah pernah saya nyanyikan,” kata Anneth.
Berkongsi cerita lagi, kata gadis kelahiran Balik papan, Kalimantan Timur itu lagi, dia juga ‘dipaksa’ mengikut kelas tarian oleh Ade kerana Ade ingin menampilkan kelainan pada video muzik Masih Belum Lupa ini.
“Ketika Ade meminta saya mengikuti kelas tarian kerana dia ingin saya sendiri menari untuk video muzik itu, pada mulanya saya sangat terkejut. Tapi saya menganggap permintaan Ade itu sebagai satu cabaran baru buat saya, dan inilah masanya untuk saya keluar dari zon selesa dan menunjukkan bakat menari pula,” katanya.
Sementara itu ditanya bagaimana dia menghayati lirik patah hati memandangkan dia masih terlalu muda dan pastinya belum pernah melalui episod putus cinta. Anneth berkata, ia tidaklah sesukar mana kerana dia hanya perlu menghafal serta memahami lirik yang ingin dinyanyikan.
“Selain itu saya turut merujuk kepada Ade untuk bertanya bagaimana rasa sakit akibat putus cinta. Tetapi Ade menulis lagu ini mengikut kesesuaian usia saya dan lagu ini bukanlah sepenuhnya tentang sakit dikecewakan tetapi bagaimana seseorang itu bangkit setelah melalui episod kekecewaan,” katanya.
Diterbitkan oleh MyMusic Records dan berkolaborasi dengan Rans Musik sebuah label yang menaungi Anneth Delliecia.
“Kami berharap lagu Masih Belum Lupa ini bisa dinikmati oleh seluruh pecinta muzik yang sedang patah hati”. Kata Ade mengakhiri bicara.
Masih Belum Lupa telah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox Deezer dan YouTube bermula tengah malam tadi, manakala video muziknya telah ditayangkan di Youtube semalam.
907375 418101This is a very good weblog. Keep up all of the function. I too love to weblog. This really is excellent every person sharing opinions 252486
704766 441379hi and thanks regarding the particular post ive actually been looking regarding this kind of information online for sum time these days hence thanks a good deal 669655
94781 859505Some genuinely prime posts on this site , bookmarked . 562723
378415 260310Yay google is my king helped me to uncover this wonderful internet internet site ! . 127774