Gelombang Famili Serbu Pawagam!

Wayang Jadi Port Wajib Cuti Sekolah Ibu Bapa dan Anak Bersantai Dengan Ejen Ali The Movie 2!

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Cuti sekolah yang baru bermula menyaksikan serbuan luar biasa keluarga ke pawagam di seluruh negara, dengan filem animasi tempatan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) menjadi pilihan utama tontonan seisi keluarga.

Sejak awal pagi hari pertama cuti persekolahan, majoriti pawagam utama seperti GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Aman Central Kedah, GSC Amanjaya Mall Sungai Petani, GSC Kuantan City Mall, GSC Sunway Carnival Pulau Pinang, serta beberapa cawangan TGV di Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Ipoh telah dilaporkan penuh sesak dengan peminat setia Ejen Ali.

“Terima kasih atas sokongan luar biasa dari semua Ejens! Kami sangat terharu melihat sambutan hangat ini. Filem ini memang kami hasilkan untuk seisi keluarga menikmati bersama,” kata Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM2.

Sambutan Hangat dari Ibu Bapa

Tinjauan di lokasi mendapati ramai ibu bapa memuji nilai-nilai murni yang diketengahkan dalam filem ini. Antara nilai yang menonjol termasuk keberanian, kesetiaan, kejujuran, kerjasama dan semangat bertanggungjawab. Watak-watak seperti Ejen Ali dan Ejen Alicia berjaya menyampaikan mesej persahabatan sejati, diserikan dengan lagu tema ‘Teman Sejati’ nyanyian Nidji yang menyentuh emosi.

“Anak-anak saya bukan sahaja terhibur, malah dapat belajar tentang nilai hidup yang penting,” ujar seorang bapa yang ditemui di TGV Toppen, Johor Bahru.

Lebih Dari Sekadar Hiburan

EATM2 membuktikan bahawa filem animasi tempatan mampu memberi impak emosi dan pengajaran mendalam. Dengan grafik berkualiti tinggi dan jalan cerita penuh aksi serta mesej mendidik, menonton filem ini bersama keluarga menjadi lebih bermakna. Ia membuka ruang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak selepas tayangan – suatu momen berharga yang sukar digantikan.

Aktiviti Tambahan Meriahkan Cuti Sekolah

Selain tayangan filem, beberapa pawagam turut menganjurkan aktiviti seperti pertandingan mewarna, penampilan maskot, serta jualan koleksi barangan eksklusif. Ini menjadikan lawatan ke pawagam bukan sahaja menyeronokkan, malah meninggalkan kenangan manis untuk seisi keluarga.

Cuti Sekolah Anda Bermakna Bersama Ejen Ali!

Para ibu bapa digesa untuk merancang lebih awal kerana tiket tayangan semakin laris. Jangan lepaskan peluang merasai kehangatan misi Ejen Ali di layar perak bersama anak-anak tercinta.

Dapatkan tiket anda sekarang di pawagam berhampiran.
Satria, Bangkit – Ejen Ali Kembali dengan Aksi Animasi yang Menggegarkan Emosi!