GEMBIRA LAGU MENDAPAT SAMBUTAN DI INDONESIA – IJAM MAJID

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2021 – Selepas kejayaan single ‘Permainanmu’ yang dikeluarkan pada tahun lepas dan mendapat sambutan di radio Indonesia dan Malaysia, kini Ijam Majid, 35, melancarkan single terbaru berjudul ‘Dua Insan’ pada Mac 2021 di bawah label Fusion Records.

Ijam atau nama sebenarnya Mohd. Norhizam Abdul Majid berkata, setelah single kedua ‘Permainanmu’ berjaya mendapat sambutan di Indonesia , kini ‘Dua Insan’ telah berjaya menambat hati pendengar di negara seberang sana. Beliau mula memberi tumpuan dalam bidang nyanyian bermula pada tahun 2016 dengan single pertama berjudul ‘Pejuang Cinta’.

“Ya, saya amat gembira kerana lagu ‘Dua Insan’ juga telah mendapat sambutan di Indonesia. Lagu ini mendapat peluang untuk diputarkan di seluruh stesen radio Indonesia dan kini lagu ‘Dua Insan’ telah berada di carta beberapa buah stesen radio Indonesia.” Katanya yang juga merupakan seorang lakonan.

Ijam Majid berharap lagu ‘Dua Insan’ dapat memenangi hati para pendengar semua

Menurut pemuda berasal dari Selangor ini, kisah di sebalik lagu ‘Dua Insan’ ini adalah mengenai kekasih yang bercinta dengan rakan karib pasanganya tanpa pengetahuannya. Lirik dan lagu telah dihasilkan sepenuhnya oleh seorang komposer baru, Mr Lycon.

“Cabaran untuk merakamkan lagu ‘Dua Insan’ sudah tentunya dirakamkan ketika negara sedang mengalami covid19 dan lagu ini terpaksa ditangguhkan utk proses rakaman selama setahun. Jika diikutkan, lagu ‘Dua Insan’ sudah siap setahun lebih bersama lagu ‘Permainanmu’. Oleh itu tiada masalah untuk saya menjiwai lagu ini semasa proses rakaman.”

Bermula karier sebagai seorang pelakon pada 2007, Ijam yakin bahawa ‘Dua insan’ mampu menarik minat golongan muda di zaman ini, buktinya lagu ‘Permainanmu’ pernah berada di carta top 1 dalam masa beberapa minggu yang kerap diputarkan di stesen radio Indonesia.

“Buat masa ini, saya memperlahankan dahulu karier saya sebagai seorang pelakon dan memberi fokus pada bidang nyanyian, kerana bidang nyanyian agak baru bagi saya dan banyak lagi yang perlu saya belajar. Bergerak secara independent memerlukan mental yang kuat.” Ujarnya yang pernah membintangi drama kekasihku seru, Tower 13, Lara hati dan beberapa lagi drama tempatan.  

Ijam memperlahankan karier sebagai pelakon untuk memberi fokus pada bidang nyanyian

Dalam tempoh PKP ini, beliau terpaksa menghentikan sebarang persembahan pentas dan memberi tumpuan dalam menjalankan perniagaan keluarga.

“Saya akan terus berfikiran positif untuk terus menyanyi, tetapi sehingga pandemik ini selesai. saya juga berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung di masa akan datang.”

“Dua Insan’ adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia saya dan berharap lagu ‘Dua Insan’ dapat memenangi hati para pendengar semua.” Ujarnya yang sedang menyiapkan beberapa buah lagu lagi.

Lagu ‘Dua Insan’  boleh didengari di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotity, JOOX, KKbox, Deezer, YouTube dan iTunes manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Fusion Records MY.

Ijam Majid – Dua Insan [Official Music Video]