KUALA LUMPUR – Sudah menjadi sebuah empayar yang cukup dikenali, Hausboom yang ditubuhkan sejak 2016 telah menjadi pujaan penggemar muzik apabila jenama tersohor ini berjaya ‘menikahkan’ bisnes dengan dunia hiburan khususnya muzik.
Bermula dengan penganjuran gig secara kecil-kecilan pada tahun 2017, jenama Hausboom bakal menggegarkan dunia muzik tempatan dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar iaitu Hausboom Music Festival 2024.
Bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober ini, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon”, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.
Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.
Nama- nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin. Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai. Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini. Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza turut diumumkan sebagai kejutan sewaktu majlis pelancaran Hausboom Music Festival 2024 yang diadakan di Bangsar South, Kuala Lumpur, semalam.
Sebelum berlangsungnya Hausboom Music Festival 2024, Hausboom telah menyajikan 3 siri Hausboom Gig 2024 yang bertempat di Sky Ark Event Space dari bulan Mei sehingga Julai 2024. Gig ini telah menampilkan 12 “band-band underground” dimana mereka diberikan peluang dan platform untuk melonjakkan bakat serta nama mereka di atas pentas Hausboom GIG 2024. Kesemua kumpulan yang beraksi di Hausboom GIG 2024 ini telah melalui fasa ”live QR voting” yang diundi penonton-penonton yang hadir dan pemenang bagi undian ini juga akan beraksi di pentas Hausboom Music Festival 2024.
Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana terdapat 110 peniaga-peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama “streetwear” lokal terkenal di Malaysia termasuk SVG, Hikari, Tntco, The Capcity, Asly, Homebois dan 40 “thrift stores” yang bakal dihimpun pada hari tersebut. Inisiatif ini adalah sebahagian adripada usaha kami untuk memartabatkan jenama-jenama lokal, “streetwear” Malaysia dimana kebanyakan daripada mereka pernah berkolaborasi bersama Hausboom selama ini. Diharapkan penganjuran tahun pertama Hausboom Lokal Fest ini dapat menjadi platform untuk jenama-jenama ini mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang disulami gaya kontemporari ‘urban’ masa kini.
Sebagai penarik kepada Hausboom Lokal Fest ini, Hausboom juga bakal memperkenalkan 100,000 Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad Hausboom Lokal Fest pada hari acara tersebut. Label pada botol edisi terhad itu merupakan kolaborasi dengan lima jenama tempatan yang terkenal dalam industri jenama fesyen lokal seperti SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity. Bagi label edisi terhad ini, pembeli dapat jugak mengimbas kod QR bagi memenangi hadiah- hadiah yang menarik yang bakal diumumkan dari jenama- jenama tersebut.
Bagi melengkapkan pengalaman para pengunjung di Hausboom Music Festival 2024, mereka bakal disajikan dengan kemeriahan jualan makanan oleh 30 peniaga makanan seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, Beard Brothers, Roti Wap dan lain – lain peniaga makanan tempatan yang terkenal.
Ujar Azri, “Kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga merupakan antara sebab kami memiliih tema “Colours of Life” dimana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung kelak.”
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Hausboom kembali dengan keunikan tersendiri, mengeluarkan 300,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024. Menariknya, setiap label edisi terhad ini dilengkapi dengan kod QR yang memberikan peluang kepada setiap pembeli untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai RM400,000. Hadiah-hadiah ini termasuk wang tunai, tiket VVIP yang bernilai RM1,200 sekeping, barangan rasmi Hausboom Music Festival 2024, serta T-shirt edisi terhad konsert Hausboom Music 2024.
Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024 ini boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia, stesen minyak di seluruh Malaysia- Petronas, Shell, Petron, BHP dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai- kedai lain yang turut serta.
Tahun ini, Hotlink sebagai pembekal telekomunikasi terkemuka, juga bekerjasama dengan Hausboom Music Festival untuk menyokong ‘scene’ muzik tempatan dan menawarkan pengalaman unik di lokasi untuk pengunjung festival.
Dengan rangkaian 5G Hotlink, pengguna boleh menikmati penstriman tanpa gangguan untuk semua senarai ‘playlist’ mereka di mana-mana, bila-bila masa.
Eksklusif untuk festival ini, pengguna Hotlink berpeluang menikmati keistimewaan akses fastlane di gerai barangan dan akses eksklusif ke Hotlink VIP Lounge. Jangan lepaskan peluang, ikuti halaman media sosial Hotlink untuk berpeluang memenangi tiket Kemasukan Umum percuma ke Hausboom Music Festival 2024.
Hausboom mengucapkan selamat bertemu di Hausboom Music Festival 2024 di KL Base pada 5 dan 6 Oktober ini. Mari kita sama-sama menyelami maksud tema “Colours of Life” dalam festival yang penuh warna-warni dan kegembiraan ini!
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan dengan pembelian tersebut, anda layak untuk memasuki kedua-dua acara, iaitu Hausboom Music Festival 2024 dan Hausboom Lokal Fest 2024. Jangan lepaskan peluang ini!