May 21, 2024

KUALA LUMPUR – ‘Kuasa mampu memabukkan!’ Inilah yang cuba disampaikan Hey Jay!, kugiran Alternative Rock Kuala Lumpur melalui single terkini mereka Bagimu Mati. Trek ini juga merupakan single dalam Bahasa Melayu sulung Hey Jay! untuk cuba meluaskan appeal kepada pasaran Bahasa Melayu.

Bagimu Mati adalah satu kritikan bagaimana seseorang yang mendapat kuasa menjadi korup dan menggunakannya untuk menindas insan lain. Hey Jay! memanifestasikan rasa bengang melihat mereka yang mabuk kuasa berleluasa menidakkan hak orang lain tanpa rasa bersalah.

Rekaan kulit single Bagimu Mati oleh Ariyana Ahmad

“Tau tak apa masalah sesetengah orang bila dapat kuasa? Sikap bongkak membutakan mereka ni membezakan antara hak dan batil. Yang tinggal hanya ‘aku, aku, dan aku’ manakala orang lain salah di mata mereka. Lagu ini adalah rintihan dan luahan untuk mereka yang tertindas.”

Single Bagimu Mati telah dicipta sepenuhnya oleh Syed Ahmad Ridzwan (Jay Ridzwan) serta proses rakaman telah disiapkan di Angguk Studio dengan dibantu oleh jurutera bunyi yang berpengalaman iaitu Jerry Lim.

Bagimu Mati dilihat daripada perspektif mereka yang tertindas; merintih kerana sikap gaslight daripada penindas yang seakan takkan berakhir dan mengharapkan akhirnya akan bertemu penamat. Semua ini dijalin dalam stail muzik Alternative Rock Hey Jay! yang digarap mantap melalui paduan gitar bermelodik dan dram yang intense, diperhebat dengan keyboard memberi tekstur dan lontaran vokal yang impressive.

Ahli-ahli Hey Jay!

Alternative Rock dari Kuala Lumpur ini mula bergerak pada 2019 menggabungkan gaya muzik Grunge bersadur riffs gitar ala Post-Rock, layering keyboard berinspirasikan Stadium Rock dan permainan dram yang thunderous. Ahli band mereka terdiri daripada Jay Ridzwan (Vokal Utama/Gitar), Boy Azhar (Gitar Utama/Ritma/Vokal Latar), Stuart (Gitar Utama/Ritma/Vokal Latar), Felicia (Keyboard/Vokal Latar), Wak (Dram/Vokal Latar) dan Syakir Khalid (Bass/Vokal Latar).

Ahli-ahli Hey Jay! mempunyai portfolio muzik yang luas daripada segi rakaman dan persembahan pentas yang menjadi kelebihan untuk band ini terus maju ke hadapan. Hey Jay! telah mengeluarkan 5 single sehingga kini dan Bagimu Mati bakal menjadi yang ke-6.

Hey Jay! | Bagimu Mati Official Lyric Video