
SUBANG JAYA – Tiga selebriti tanah air telah mengharumkan nama dalam dunia keusahawanan apabila dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 yang berlangsung di Geno Hotel Subang Jaya pada 26 Oktober lalu.
Personaliti televisyen, Dato Saripah Raziah Binti Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah menerusi syarikatnya Star Vendors Event Sdn Bhd, penyanyi era 90-an Fauziah Latiff (Broadway Acres Sdn Bhd) dan Emma (Impact Music & Entertainment) antara 18 usahawan wanita cemerlang yang diiktiraf dalam majlis anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).



Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBRS. Puan Yusnieza Syarmila Binti Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MYIPO, yang mewakili Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO), YBHG. Tuan Kamal Bin Kormin.
Pengerusi MIWE, Puan Nur Saimah Binti Saimin dalam ucapannya berkata program ini bukan sahaja bertindak sebagai platform pengiktirafan, malah turut berperanan sebagai medan untuk meningkatkan penjenamaan peribadi dan mengembangkan rangkaian perniagaan.


“Saya amat terharu dengan penyertaan yang menggalakkan daripada usahawan wanita dan komuniti perniagaan. MIWE merupakan platform penting untuk memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan, menggalakkan inovasi, dan mewujudkan sinergi dalam kalangan usahawan berpotensi tinggi,” katanya.
Turut menjayakan program tersebut ialah dua penceramah jemputan iaitu Puan Noranisah Binti Abas, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Pemasaran MYIPO dan Cik Nurdiana Abdullah @ Diana Talit, Timbalan Pengarah Bahagian Bantuan Pembangunan, Bahagian Transformasi & Perdagangan Digital, Matrade yang berkongsi pandangan dan strategi untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.


Selain tiga selebriti tersebut, antara penerima anugerah MIWE 2024 termasuk usahawan dari pelbagai bidang seperti pendidikan, farmasi, undang-undang, kecantikan dan pelbagai lagi, membuktikan bahawa usahawan wanita Malaysia mampu mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Berikut adalah senarai pemenang Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024:
- Dato Saripah Raziah Binti Mustapha (Ifa Raziah) dari Star Vendors Event Sdn Bhd
- Fauziah Binti Abdul Talip @ Abdul Latiff (Fauziah Latiff) dari Broadway Acres Sdn Bhd
- Rahimah Binti Sukor (Emma) dari Impact Music & Entertainment
- Ahlam Masae dari Glow Works Enterprise
- Joey Teo Chai Ling dari Taska Tunas Ceria
- Michelle Lai Mee Sum dari Auntie Michelle Resources (M) Sdn Bhd
- Ng Kang Yun dari Messrs Elaine, Yun & Associates
- Woo Ming Yee dari Bewell Pharmacy Sdn Bhd
- Sreedevi A/P Thiyagarajoo dari Aura Bliss Resources
- Vivian Lai Huey Lin dari Vivian Lai Slimming & Aesthetics
- Susan Ngo dari Rim Refurbish Specialist
- Roszlinda Binti Sham dari Hawary Education Sdn Bhd
- Tan Shok Teng dari Beautylife Group Sdn Bhd
- Fong Sheng Nie dari WS & CO PLT
- Grace Lee dari Voala Interior By Wilvest Sdn Bhd
- Cecilia Ng Siew Hiah dari Teluk Sengat Crocodile Farm
- Chong Su Yee dari He Or She Baby Sdn Bhd
- Dr. Catryn Tay Sin Ying Ph.D dari 1st Lady Beauty Holistic Sdn Bhd