May 21, 2024

KUALA LUMPUR – Pihak Shiraz Projects dengan bangganya bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company dan mempersembahkan “Instant Cafe Night Live! Edisi X”.

Berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe’s “The May 9 Show” pada tahun 2019, kolaborasi ini memberikan persembahan SATU MALAM SAHAJA dengan pelakon bertaraf bintang di Dewan Plenari yang berprestij ini akan menarik penonton di Malaysia dan di seluruh rantau ini.

“Instant Cafe Night Live! Edisi X”, edisi ini akan ‘dibentangkan’ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan tiket telah pun dijual pada 10 Februari 2023 di www.mytickets.asia.

Harga tiket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum) dan RM188 (Perak).

Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Netflix “Keeping Up With The Coomarasamys” dan biopiknya yang akan datang “Ini Kari Lah”.

INSTANT CAFÉ NIGHT LIVE! EDISI X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi yang Uada tandingan dan pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan.

Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan! Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari ‘ banjir ke quinoa ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya… dono wai.’

Acara ini direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na’a Murad.