iQOO Neo 10 Bakal Gegar Pasaran Malaysia: Telefon Pintar Gaming Pertama dengan Snapdragon 8s Gen 4

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2025 – Penggemar permainan mudah alih dan pencinta teknologi kini boleh bersiap sedia untuk kehadiran model terbaharu dari iQOO. Buat julung kalinya, jenama telefon pintar berprestasi tinggi ini secara rasmi akan melancarkan iQOO Neo 10 di pasaran Malaysia – sekaligus memperkenalkan telefon pintar gaming pertama di negara ini yang dikuasakan oleh cip pemproses terbaharu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4.

Menawarkan kombinasi hebat antara spesifikasi bertaraf mercu dan harga mampu milik, iQOO Neo 10 dijangka mengubah landskap telefon pintar gaming tempatan. Dilengkapi dengan kuasa pemprosesan tinggi, keupayaan multitugas yang lancar, serta visual imersif, peranti ini direka khas untuk pengguna aktif yang menginginkan prestasi unggul tanpa perlu membayar harga premium.

Prestasi Padu, Harga Mesra

Sama ada untuk pelajar yang bersaing dalam arena e-sukan, profesional muda yang bergelut dengan pelbagai tugasan, atau ibu bapa yang inginkan naik taraf pintar yang berbaloi — iQOO Neo 10 tampil dengan kelebihan teknologi penyejukan canggih, paparan kadar segar semula tinggi yang terang, dan bateri tahan lama. Peranti ini menjanjikan operasi yang kekal sejuk, responsif, dan berprestasi tinggi sepanjang hari.

Debut Rasmi Siri iQOO Neo di Malaysia

iQOO Neo 10 juga menandakan pelancaran rasmi pertama bagi Siri Neo di Malaysia. Ia menampilkan segala yang diidamkan oleh pengguna moden – prestasi luar biasa, rekaan bergaya, dan teknologi terkini – menjadikannya antara pilihan utama dalam segmen telefon pintar berkuasa tinggi yang mesra bajet.

Pelancaran Rasmi Akan Datang

Pihak iQOO Malaysia memaklumkan bahawa pelancaran rasmi iQOO Neo 10 akan diumumkan dalam masa terdekat. Pengguna digesa untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi saluran rasmi media sosial iQOO Malaysia di Facebook dan Instagram.

Tentang iQOO

iQOO merupakan jenama telefon pintar global yang terkenal dengan peranti mudah alih berprestasi tinggi, bergaya dan mampu milik. Dengan komitmen untuk memperkenalkan teknologi termaju dalam setiap rekaannya, iQOO terus memperluas kehadirannya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar, mendalam dan inovatif.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi www.iQOO.com atau ikuti iQOO Malaysia di platform media sosial rasmi.