KUALA LUMPUR – Arul Rasheed merupakan satu figura yang dikenali di laman sosial Tiktok. Setiap kandungannya (content) sentiasa mencecah ratusan ribu hingga jutaan tontonan. Kebanyakan kandungannya adalah tentang kehidupan sehariannya dan juga nyanyian beliau sendiri.
Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Jagakan Dia. Lagu nukilan aiman sidek dan liriknya juga dari Aiman sidek yang merupakan pelantun Cinta Terakhir, Cinta Sejati, Bunga Dhia dan banyak lagi lagu lain. Beliau juga komposer untuk lagu wanita terbaik nyanyian Furqan Fawwaz, Tulus dari Adi Priyo dan Nabila Razali serta banyak lagi lagu lain.
Jagakan Dia telah diedarkan di bawah syarikat NAR Records Sdn Bhd. Menurut Arul, dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari linkungan media sosial. Bukan kerana takut, tetapi masanya belum lagi sesuai sebelum ini. Jadi sekarang adalah masa yang paling tepat untuk Arul sendiri mencuba serta keluar dari kepompong kebiasaannya.
Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan Nar Records menjadi pemangkin kepada Arul untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik malaysia. Jagakan Dia adalah sebuah lagu yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Ianya boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan mengikut interpretasi individu yang mendengar lagu ini.
Arul harapkan single lagu Jagakan Dia akan dapat menambat hati para pendengar Malaysia mahupun negara serantau. Semoga Jagakan Dia dapat membawa Arul lebih jauh dalam industri muzik tanah air khususnya.
Selepas sehari meriliskan muzik video Jagakan Dia, ianya telah mencecah tontonan 100 ribu tontonan dan trending di saluran Youtube. Beliau berharap agar lagu ini akan berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air dan berjaya pempengaruh media sosial Arul Rasheed sekali gus berjaya menarik pengikutnya.