January 20, 2025

Warning: sprintf(): Too few arguments in /home/darulmul/public_html/kelkatutv.com/wp-content/themes/chromenews/lib/breadcrumb-trail/inc/breadcrumbs.php on line 253

KUALA LUMPUR  : UTM Holdings Sdn. Bhd dan UTM Hotel & Residence berbangga untuk membawakan dan menganjurkan ‘Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah’ pada hari Jumaat, 9 Disember 2022 bermula jam 8.45 malam di Grand Banquet Hall,Residensi UTMKL.

Konsert ini diadakan bersempena program mempromosikan Residensi UTMKL sebagai ruang acara pelbagai guna dan mengumpul dana melalui Endowmen UTM untuk pelajar yang kurang berkemampuan di Universiti Teknologi Malaysia. Konsert ini menampilkan Raja Pop Malaysia Dato’ Jamal Abdillah dengan lagu-lagu malar segar seperti Kekasih Awal dan Akhir, Seroja, Sepi Seorang Perindu dan banyak lagi. Penyanyi lagenda itu akan diiringi oleh 7 pemain muzik. 

Untuk konsert kali ini, Dato’ Jamal Abdillah akan bergabung bersama anak-anak lelakinya, Zaki Yamani dan Osama Yamani berada di satu pentas dengan mendendangkan lagu-lagu hits beliau seperti Gadis Melayu.

“kedua anak saya ini mempunyai lagu single mereka sendiri, mereka boleh menggunakan ruang ini untuk memperkenalkan lagu mereka selain berduet atau trio dengan saya. Saya juga akan menyampaikan lagu terbaharu saya bersama anak-anak saya berjudul Tangan Yang Melambai.” Ujar Jamal.

Jamal bersama anak-anaknya Zaki (kiri) dan Osama (kanan)

UTM Holdings Sdn. Bhd. berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Dato’ Jamal dalam konsert ini berikutan status populariti dan permintaan yang memberangsangkan. UTM Holdings Sdn. Bhd telah mendapat maklumbalas yang menggalakkan daripada pelbagai pihak mengenai konsert Dato’ Jamal Abdillah dan kami bersedia untuk menyajikan hiburan yang berkualiti kepada orang ramai terutamanya komuniti sekitar UTMKL. Konsert ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Program CSR kami bagi tahun 2022 dengan memperuntukkan 5% daripada jualan tiket yang akan disumbangkan kepada pelajar UTM. Penglibatan individu, kumpulan korporat dan NGO dialu-alukan untuk menyumbang bagi mencapai objektif ini.

Jamal sewaktu di sidang media ‘Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah’

Konsert ini terbuka kepada orang ramai dan tiket dijual bermula dari RM150 hingga RM350 bagi setiap tempat duduk. Kami juga menawarkan kepada 100 penonton untuk berpeluang menyertai Buffet Supper eksklusif kami selepas konsert di The Sage @ Sixth Restaurant bersama Dato’ Jamal Abdillah dengan harga istimewa hanya RM50.00++. Pemegang tiket juga layak mendapat kadar istimewa untuk penginapan hanya RM140++ termasuk sarapan pagi.

Untuk jualan tiket, sila hubungi Rakan Tiket Rasmi MyTicket Asia di  www.myticket.asia atau hubungi penganjur utama, 012-610 1704 (Rusle) dan 019-2243821 (Rodzie).

Antara yang hadir di sidang media ‘Konsert Gemilang Bersama Dato’ Jamal Abdilllah’