December 4, 2024

KUALA LUMPUR – Nilai figura legenda seperti Dato’ Jamal Abdillah tidak akan pernah susut. Datanglah beribu pendatang baharu, kedudukan Jamal Abdillah pada mata peminatnya tidak juga akan tergoyah. 

Penghibur kesayangan yang turut mendapat gelaran ‘Raja Pop’ ini akan bertentang mata, beramah mesra dan tentulah mengisi dahaga peminat terhadap penampilannya di pentas berskala besar menerusi “Jamal Abdillah Live In Concert” yang dijadual berlangsung pada 9 September 2023 di Plenary Hall, KL Convention Centre.

“Jamal adalah satu jenama yang cukup kuat dalam industri muzik tempatan dan figura yang sinarnya tidak pernah padam. Karakter serta pesona Jamal sendiri sudah cukup kuat untuk menarik peminat datang dan mereka juga tidak pernah jemu untuk menonton persembahannya.

“Saya yakin konsert ini akan menjadi konsert yang gemilang dan menjadi momen indah buat semua peminat. Saya juga yakin bahawa konsert ini akan ‘sold out’ dan InshaALLAH jika ianya laku, kita akan tambah lagi persembahan pada esok hari”, ujar Shirazdeen Karim ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di KLCC baru-baru ini.

Shirazdeen Karim selaku penganjur, Pengarah Urusan Shiraz Projects turut menjelaskan bahawa pihaknya sudah terlalu lama ingin bekerjasama dengan Jamal Abdillah kerana percaya kepada pesona dan kredibiliti penghibur tersebut yang sentiasa ‘bersinar’.

Walaupun kesuntukan masa, penganjur Shiraz Projects yakin tiket Konsert Jamal Abdillah Live In Concert yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini akan ‘ sold out’ seperti dijadualkan.

“Saya yakin konsert ini akan menjadi konsert yang gemilang dan menjadi momen indah buat semua peminat,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di KLCC, di sini, hari ini.    

Sementara itu, Jamal, 64, berkata, dia merasa cukup terharu dan bersyukur kerana Shiraz Projects memberi kepercayaan padanya untuk menjayakan konsert skala besar itu.

“Saya berminat untuk bekerjasama dengan Shiraz Projects kerana konsep dipersembahkan dan pada masa sama, saya juga boleh berinteraksi dengan peminat dalam skala yang lebih besar.

“Saya juga menjanjikan kelainan dalam konsert ini tidak seperti konsert-konsert saya sebelum ini, di samping itu saya juga akan memberi ‘nafas segar’dengan susunan semula 15 rangkaian lagu hits yang dipilih perlu mencapai piawaian konsert,”ujar beliau.

Ditanya artis undangan pula, kata Jamal, ia juga membabitkan penampilan seorang artis lelaki terkenal yang masih dalam perbincangan lagi.

“Sepertimana yang anda semua maklum sepertimana biasa akan terdapat beberapa segmen, begitu juga dengan konsert ini.  Bezanya ialah saya akan memilih lagu-lagu yang benar-benar dekat dihati para peminat”, tambah beliau.

“Saya juga merancang untuk menampilkan dua anak, Osama Yamani, 22 dan Zaki Yamani, 17, pada konsert itu nanti,” katanya.

Beliau juga berjanji akan mengurangkan persembahan luar demi memberi fokus serta mempertahankan nilai eksklusif yang bakal di persembahkan kepada peminat menerusi konsert itu nanti.

Juara Bintang RTM 1979 ini bakal menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu hitnya seperti Penghujung Rindu, Kekasih Awal Dan Akhir, Gadis Melayu, Aku Maafkan Kamu dan banyak lagi.

Untuk peminat, tiket serendah RM255 (Silver), RM355 (gold), RM495 (Platinum), RM595 (Diamond) dan pemegang tiket Meet & Greet (RM995) boleh mula mendapatkan tiket bermula 2 Ogos 2023. Pembelian boleh dibuat menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian hotline +603 8605 0196.