December 5, 2024

KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2021 – Snoop Dogg, bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif  Kreatif dan Strategik Def Jam Recordings, menerajui  projek sulungnya untuk syarikat rakamannya, sebuah projek  gergasi yang menampilkan 32 artis, dalam 25 lagu  berjudul Snoop  Dogg Presents THE  ALGORITHM untuk pasaran dunia  dengan pelancaran ALGORITHM  (The  Global Edition)

Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal. Setiap lagu baharu tersebut memaparkan  satu  atau  lebih  artis  dari  senarai  syarikat rakaman Universal Music Group  (UMG) dari seluruh dunia, dan membawa hampir 50  bintang hip-hop dan R & B ke dalam album tersebut.

“ALGORITHM adalah sebuah projek yang sangat istimewa buat saya atas pelbagai sebab,” kata Snoop Dogg semasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19 November 2021.

“Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia sebagai yang pertama di bawah Def Jam Records bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini, kami sedang mengubah gelanggang seni dengan membawa perasaan masuk kembali ke dalam muzik.” kata Snoop.

Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.

“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop, Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambil diperkenalkan oleh Snoop Dogg dalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” kata Joe Flizzow.

Kesinambungan adunan semula ALGORITHM (The Global Edition) memperkenalkan artis tersohor dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjuru dunia.

“Terdapat begitu banyak bakat dalam album ini,” kata Snoop, “pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma. Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini, namun tidak menjelaskan perasaan yang harus dirasai. Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,” tambah Snoop.

“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kata Joe Flizzow.

TENTANG SNOOP DOGG:

Ikon dunia hiburan, Snoop Dogg sudah mendominasi lebih dua dekad sebagai seorang yang berpengaruh dalam bidangnya dan menjadi penanda aras yang inovatif. Telah merangkul pelbagai anugerah, beliau telah menjual lebih 40 juta album di seluruh dunia, menduduki tempat pertama di carta Billboard berkali-kali dan menerima 20 pencalonan anugerah GRAMMY® . Selain karya muzik beliau juga mewarnai dunia filem serta TV. Beliau kini mempunyai banyak Kerjasama dengan studio-studio serta rangkaian-rangkaian gah termasuk Netflix, VH1 dan banyak lagi. Antara kejayaannya termasuk pencalonan anugerah Emmy untuk wataknya sebagai Penerbit Eksekutif dan pengacara bersama rancangan MTV Mary + Jane, Penerbit Eksekutif serta pengacara rancangan permainan TNT berjudul Joker’s Wild, serta Penerbit Eksekutif rancangan tersohor Netflix yang berjudul Coach Snoop.

TENTANG JOE FLIZZOW :

Bermula sebagai salah seorang ahli duo kumpulan hip hop tersohor negara Too Phat, si “Budak Baek” ini telah mendewasa menjadi salah satu artis paling berpengaruh dalam arena hip hop. Dengan dua buah album solo –President (2010) dan Havoc (2013), Joe Flizzow mengubah gelanggang seni muzik kala lagu dari album keduanya yang bertajuk, ‘Apa Khabar’ menjadi lagu hip-hop pertama menjuarai Anugerah Juara Lag uke-29(AJL). Pada tahun 2018, Pengarah Urusan Def Jam South East Asia mencipta sejarah sekali lagi saat menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah ‘Best Southeast Asia Act’ atau Artis Terbaik Asia Tenggara di anugerah MTV Eropah, MTV European Music Awards (MTV EMA). Menggelarkan diri “The President” dalam dunia hip hop Malaysia, Joe Flizzow juga mengorak Langkah dengan penerbitan 16 Baris, sebuah rancangan serantau yang mencungkil bakat hip hop baharu Asia Tenggara dan memperkenalkan mereka kepada dunia luar.

Alright (The Global Edition)

70 thoughts on “Joe Flizzow jadi pilihan Snoop Dogg

  1. Hi! Do you know if they make any plugins to assist with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good success. If you know of any please share. Thanks!|

  2. We’re a bunch of volunteers and starting a brand new scheme in our community. Your website offered us with valuable info to work on. You have performed a formidable job and our entire neighborhood will be grateful to you.|

Comments are closed.