May 21, 2024

KUALA LUMPUR – Judika Nalom Abadi Sihotang atau lebih terkenal dengan hanya panggilan Judika, merupakan figura seni suara yang terkenal di rantau Asia Tenggara, anak kelahiran Sumatera Utara yang berprofil sebagai penyanyi, pelakon dan juri profesional ini bakal bertandang ke Malaysia pada 21 Oktober 2023, jam 8:00 malam, di Axiata ArenaBukit Jalil bagi menjayakan konsert ‘Rockmantic Night Judika & The Gang’ menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem RusliMarsha Milan dan juga Shila Amzah dibawakan khas oleh jenama kosmetik unggul, Alha Alfa dengan kerjasama  Kharisma Music International dan Dua Anak Deo (DAD) Management.

Judika

“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya,” kata Judika yang bakal melancarkan album baharu tidak lama lagi.

Idea di sebalik tercetusnya konsert ini bertitik tolak dari buah fikiran pasangan suami-isteri, Ahmad Jeffny dan Yuka Kharisma yang hadir dengan pelan pelaksanaan konsert yang sukar ditolak oleh pihak DAD Management.

Dari segi temanya, ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, Judika merupakan seorang yang penyayang yang cintakan keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya yang romantis.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut diserikan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music turut berkongsi, “Pelancaran sidang media pada hari ini sangat unik kerana dimulakan dengan konvoi kumpulan motosikal berkuasa besar dari Pavilion Bukit Jalil menuju Pavilion Bukit Bintang, kemudian pelancaran ‘billboard’ (papan iklan berbayar) mempromosikan konsert tersebut, dan tarian ‘flash mob’ beramai-ramai.

“Selain itu, pada malam konsert itu juga 3 artis popular Malaysia turut membuat persembahan, masing-masing akan menyanyikan 3 buah lagu.

“Di sini saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih buat rakan penganjur seperti Alha Alfa, Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, rakan hotel rasmi, Le Meridien Petaling Jaya, dan rakan radio rasmi, ERA”. Beliau ditemui sewaktu sidang media konsert ‘Rockmantic Night Judika & The Gang’ yang telah diadakan di pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Bukit Bintang, Isnin lalu.

Apa yang pasti, konsert Rockmantic Night Judika & The Gang nanti ada beberapa kejutan istimewa dan peminat Judika harus segera mendapatkan tiket-tiket di www.ticket2u.com.my/judika.

Bermula hari ini, Tiket-tiket jualan berharga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).

Pesan Judika, “Saya ingin semua peminat yang  akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan pemuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert Rockmantic Night Judika & The Gang ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’. Jumpa anda di sana!” Kata Judika mengakhiri bicara.