April 22, 2024

KUALA LUMPUR – Amat sinonim dengan statusnya sebagai festival rap dan hip hop paling terkenal di dunia, Rolling Loud kini mengorak langkah ke benua Asia dengan pengumuman bahawa ia bakal dianjurkan di Thailand pada 13 – 15 April 2023 di Pattaya City, Thailand.

Rolling Loud Thailand bakal menampilkan ikon global -Travis Scott, Cardi B, dan Chris Brown, berserta bintang-bintang ternama merentas generasi dari genre muzik tersebut seperti Jay Park dari Korea, Jessi and Teriyaki Boyz – kumpulan rap Jepun, dan legenda rap terdiri daripada Rae Sremmurd, A$AP Ferg, Offset, Ski Mask The Slump God, Rick Ross, Waka Flocka Flame, Soulja Boy, dan Fat Joe. Juga disenaraikan adalah pendatang baru yang makin dikenali ramai seperti Central Cee, Ken Car$on, Destroy Lonely, dan Bktherula. Selain itu, Rolling Loud Thailand juga bakal bersinar terang dengan kehadiran artis-artis rap dari Asia Tenggara seperti Alyph dari Singapura, Ramengvrl dari Indonesia dan dari Malaysia, tak lain tak bukan, Joe Flizzowdan Sonaone.

Rolling Loud pada 13 – 15 April 2023 di Pattaya City, Thailand

Pada Jumaat (17 Mac 2023) ini, Rolling Loud akan menganjurkan satu showcase istimewa yang dinamakan ROAD TO ROLLING LOUD KUALA LUMPUR bertempat di KYO KL. Turut terlibat dalam kerjasama ini adalah Amateras, RK Live Asia dan Ballerville. Para peminat muzik rap dan hip hop Malaysia akan dihiburkan dengan persembahan khas daripada K-Clique, Sonaone, 53, Axeljonas, Lil J, Naufal dan ramai lagi – kesemuanya dengan keistimewaan masing masing yang menjadikan nama mereka amat dekat dengan peminat-peminat rap dan hip hop bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini.

showcase istimewa yang dinamakan ROAD TO ROLLING LOUD KUALA LUMPUR

Sebagaimana dinyatakan, Rolling Loud merupakan festival rap dan hip hop bertaraf global dan paling berpengaruh dalam sejarah muzik dunia. Pasukan penganjur daripada Rolling Loud Thailand juga akan berada di KYO KL Jumaat ini untuk membawa beberapa pengumuman penting berkenaan festival ini. Untuk maklumat lanjut sila ikuti KYO KL di Instagram via @clubkyokl