‘KASIH SELAMANYA’ KISAH KELUARGA MILIKI ANAK ISTIMEWA

ALOR SETAR, 7 JANUARI 2021 – Penyanyi muda, Sophie tampil dengan single baharu yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa (menghidap penyakit cerebral palsy).

Lagu ‘KasihSelamanya’ ditulis Nazif Fared dan Nazwan Ramli, gubahan muzik oleh MonoXtive Band dicipta pada 2018 sebelum dirakam dan diterbitkan oleh Irismedia Production pada Disember 2020 yang lalu.

Sophie berharap single terbaru beliau dapat diterima pendengar

Sophie atau nama sebenar, Sofea Farisya Mansor, 20, merupakan pelajar Pra-U di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Kedah mula menyanyi sejak di bangku sekolah kerana minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Beliau menganggap peluang menyanyikan lagu ‘Kasih Selamanya’ itu sangat bermakna kepada dirinya dan ia merupakan karya yang istimewa kerana lagu tersebut menyentuh tentang keluarga yang memiliki anak istimewa.

Sophie berharap lagu yang merupakan single pertamanya akan mendapat sambutan dan diterima baik oleh pendengar.

Irismedia Production memilih Sophie untuk menyanyikan lagu ‘KasihSelamanya’ kerana yakin dengan bakat nyanyian yang dimiliki, selain itu ingin mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri ini.

Muzik video lagu ‘​Kasih Selamanya’ ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube irismedia official.

Muzik video rasmi lagu ‘Kasih Selamanya’