Kembali dengan single ‘Your Loss’ Shalma Eliana kini dikenali sebagai YANA

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2021 – Biarpun baru menyelinap masuk industri muzik tempatan sejak beberapa tahun ini, Shalma Eliana sentiasa mencuri perhatian dengan imejnya yang menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.

Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar untuk dunia muzik tempatan dan serantau, dia kembali dengan sebuah lagi karya berjudul YOUR LOSS. Lagu ini juga memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi YANA.

“Saya anggap YOUR LOSS sebagai permulaan kerjaya saya. Permulaan yang baharu kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri secara 100%. Saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri dengan pihak umum sebelum ini. Lagipun, lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah semua orang memanggil saya Yana. Oleh kerana itu Yana adalah diri saya yang sejati. Sebab itu saya memilih nama YANA,” jelasnya.

Lagu ini menceritakan tentang sesuatu yang dapat difahami oleh ramai orang kerana memberi fokus kepada tema pengkhianatan. Ia juga mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan tidak seharusnya menjadi punca kegagalan seseorang dan kita tidak harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.

Karya ini turut mengingatkan semua orang untuk menjadi versi terbaik diri masing-masing dan kehidupan ini sebenarnya adalah satu proses pembelajaran. Berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, YOUR LOSS adalah sebuah balada pop yang sarat dengan mainan emosi.

“Alhamdulillah, proses menulis lagu ini berjalan dengan lancar. Saya masih ingat saat saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta. Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” jelas YANA.

Lagu ini memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi YANA

YANA juga menambah bahawa dia mengambil masa untuk merakam lagu ini dan dibantu oleh Izzy, Shae serta Imar sepanjang proses. Walaupun ini kali pertama bekerja dengan mereka, dia benar-benar menikmati proses tersebut.

“Kami semua mempunyai visi yang sama sewaktu fasa perancangan, dan segalanya tersusun dengan baik. Semua orang tahu apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, sangat senang untuk bekerja dengan mereka yang komited dan memahami diri kita,” tambahnya lagi.

Lagu ini juga telah menampilkan sebuah klip video dan proses rakamannya berjalan dengan sangat lancar.

“Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam. Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa ia sangat luarbiasa diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini,” jelas YANA lagi.

“Saya sangat berharap para pendengar akan menyukai lagu ini dan mampu memahaminya seperti mana saya mengertikannya. Ia dihasilkan dengan tulus dan merupakan lagu paling murni pernah saya hasilkan. Ia juga karya nukilan sendiri pertama yang saya berani kongsikan dengan dunia. Saya harap tiada lagi yang keseorangan selepas mendengar lagu ini,” ulasnya mengakhiri bicara. 

YOUR LOSS telah tersedia di semua platform pentriman digital bermula Jumaat, 26 November lalu. Manakala video muziknya pula telah ditayangkan pada tarikh yang sama bermula jam 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

YANA – Your Loss (Official Music Video)

6 thoughts on “Kembali dengan single ‘Your Loss’ Shalma Eliana kini dikenali sebagai YANA

  1. Your style is unique compared to other people I’ve read stuff from. Many thanks for posting when you’ve got the opportunity, Guess I will just book mark this blog.|

  2. 901987 493885As I internet site possessor I believe the content matter here is rattling wonderful , appreciate it for your efforts. You ought to maintain it up forever! Very best of luck. 632926

Comments are closed.